Wednesday, February 2, 2011

TID SUKAN ANGKAT BERAT @ SMK HJ. MOHD NOR AHMAD, GELUGOR

Tarikh : 01 Februari 2011
Masa : 9.30 am
Tempat : SMK Hj. Mohd Nor Ahmad, Gelugor

PPN : Ahmad Firdaus Yusoff
J/Latih : Mohd Faizulzalham Sazaly

Pelajar Terlibat : 66 orang (26 Ting. 2 & 40 Ting. 1)

Ulasan TID

Sesi Pemilihan Atlet ini diadakan pada jam 9.30 pagi di Dewan Sekolah Haji Mohd Nor Ahmad.
Seramai 19 orang yang terpilih daripada 66 murid yang menyertai sesi TID ini.

Peralatan yang digunakan untuk sesi TID ini ialah 1 bar lelaki dan 2 plate 10 kg. Saudara Mohd Asrul Sabran atlet angkat berat pelapis telah dijemput untuk mendemostrasi teknik snatch dan clean & jerk.

Penolong Kanan Kokurikulum sekolah amat berpuas hati dengan program ini dan berharap pelajar sekolah dari ini dapat menjadi atlet yang cemerlang dan mengharumkan nama negeri sekolah. Pengetua sekolah juga menyokong dan memberi kerjasama yang jitu untuk menjalankan aktiviti apa-apa aktiviti sukan yang dapat member I faedah kepada pelajar dan sekolah.

Cadangan dari pihak JSM untuk mengadakan sesi pemilihan atlet wanita akan diadakan secara berasingan dan akan membawa seorang atlet wanita untuk mendemostrasi teknik angkatan snatch dan clean & jerk.

Isu berbangkit

Ramai pelajar wanita ingin menceburi sukan angkat berat tetapi beranggapan negatif seperti susah mengandung, badan akan berotot seperti lelaki dan pendek. Jurulatih telah menerangkan bahawa atlet perempuan yang menceburi tidak akan mengalami masalah tersebut malah akan menyihatkan tubuh badan dan akan membentuk fizikal yang cergas. Kebanyakan atlet sukan angkat berat terdiri daripada orang yang rendah kerana kestabilan dan tahap graviti lebih sempurna dari orang yang tinggi
Laporan Oleh : Ahmad Firdaus Yusoff











0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved