Tuesday, March 1, 2011

LATIHAN PUSAT SUKAN BADMINTON

Tarikh : 26hb Februari 2011 [Sabtu]
Masa : 8.00 pagi hingga 12. 15 tengahari
Tempat : Dewan Badminton Berapit, Buki Mertajam.
Program : Latihan Intensif persedian ke Kejohanan 100plus Remaja Kebangsaan di Kedah.

Program bermula : 9.00 pagi hingga 12.15 tengahari
Kehadiran Atlet : 48 / 55 (87%)

Kehadiran Jurulatih :

JSM Mr. Choong Kah Tze JLN MSNPP Mr. Deng Li.
Wakil PBA Mr. Koay Chin Eng [Tarining Selection & Development Sub Committee Secretary]
JPM En. Razlan dan JSM Mr. Tony tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan.

Laporan ringkas :

Pengarah MSNPP telah berada di Dewan Badminton Berapit, Bukit Mertajam seawal 8.00 pagi. Pada 8.30 pagi kelihatan atlet telah mula berada di Dewan tersebut.

Kehadiran Tuan Pengarah memeriahkan lagi program yang telah diatur. Program pagi ini dimulakan dengan memperkenalkan Tuan Pengarah kepada semua Atlet, Jurulatih dan Keluarga Atlet yang hadir.

Tuan Pengarah telah berkongsi ilmu dan pengalaman beliau bersama atlet dengan memberikan Taklimat tentang Sukan Badminton dan beberapa sukan yang lain dengan menayangkan slide yang dimiliki oleh beliau. Pihak USPTN dan PBA mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Tuan Pengarah meluangkan masa dan berkongsi pengalaman pada hari tersebut. Tuan Pengarah telah meninggalkan Dewan Badminton pada 9.50 pagi.

Sesi pemanasan dimulakan dan diikuti dengan pembahagian pemain-pemain mengikut yang telah ditetapkan. Latihan Intensif ini diadakan selama dua hari iaitu pada 26hb dan 27hb Februari 2011. Pihak PBA Mr. Koay Chin Eng memaklumkan Latihan sebegini akan diteruskan dari masa kesemasa terutama sebelum hari kejohanan. Kehadiran atlet pada hari tersebut amat memuaksan.

Diakhir program PPN telah berjumpa dengan atlet dan memberikan kata-kata semangat. Mengharapkan latihan sebegini dapat diteruskan dan meminta semua atlet memberikan komitment mereka. Kesempatan waktu ini juga PPN telah meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga atlet yang hadir pada hari tersebut.

Program tamat pada 12.15 tengahari dan PPN bergesa keluar untuk ke Pusat Latihan Premium Lane di Daerah Pulau untuk mengelolakan mesyuarat bersama Keluarga Atlet Tenpin Boling yang telah dirancang setelah menerima keputusan pemilihan atlet ke Program Pelapis Negeri 2011.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

--
FATIMAH BINTI JAMIL






















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved