Monday, February 21, 2011

KEHOHANAN SEPAKTAKRAW BWH 21 PIALA DATO' ARSHAD 2011

Tarikh : 19 Februari 2011
Tempat : Kompleks Belia & Sukan Negeri

Penyertaan :
SMK Guar Chempedak, Motorola, UiTM, MSN Perlis, Sungai Nibong, Taman Tun Sardon, Kedah, RT Bukit Jambul, SMK Mutiara Impian, Selama Perak, RT Bukit Awi & Pelapis Pulau Pinang

Kejohanan ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir jam 7.30 malam. Jumlah keseluruhan pasukan yang menyertai kejohanan ini adalah sebanyak 27 pasukan. Kejohanan ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Sepaktakraw Pulau Pinang. Ramai bakat baru dapat diketengahkan melalui kejohanan seperti ini.

Regu Pelapis A hanya mara ke suku akhir setelah tumpas kepada Regu Kedah A dengan mata 11-21 set pertama dan kedua. Manakala Regu Pelapis B telah melayakan diri ke separuh akhir dan tumpas kepada Regu Kedah A dengan mata 21-19 set pertama dan 21-16 set kedua. Regu C Pelapis telah Berjaya memenangi kejohanan ini dengan menumpaskan Regu Kedah B dengan mata 21-11 set pertama dan 21-13 pada set kedua.

Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Presiden Sepaktakraw Pulau Pinang Datuk Hj. Ahmad B. Ismail dan Naib Presiden Dato’ Hj. Arshad Yahya. Keptusan keseluruhan kejohanan ialah tempat pertama dimenangi oleh Regu Pelapis C, tempat kedua regu Kedah B dan tempat ketiga bersama dimenangi oleh Regu Sungai Nibong dan Regu Kedah A.

Pihak Persatuan Sepaktakraw Pulau Pinang akan menganjurkan kejohanan diantara daerah untuk pembngunan sukan sepaktakraw di Pulau Pinang. Beberapa program binaan akan diadakan sekiranya mendapat peruntukan dan kelulusan dari MSNPP dan USPTNPP. Bantuan peralatan seperti bola, jaring dan tali skipping amat diperlukan untuk menjalani latihan harian.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Persatuan Sepaktakraw Pulau Pinang kerana telah berjaya menganjurkan kejohanan ini dengan sempurna. Dengan kejohanan seperti ini akan diadakapn lagi pada masa akan datang demi mempertingkatkan lagi prestasi sukan sepaktakraw.
Laporan Oleh : Ahmad Firdaus Yusoff




















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved