Saturday, July 10, 2010

SEKITAR MAJLIS PENYAMPAIAN INSENTIF SUKAN MALAYSIA XIII 2010 MELAKA

Tarikh : 09 Julai 2010
Tempat : Vistana Hotel, Pulau Pinang

Majlis Penyampaian Insentif kepada atlet-atlet yang berjaya di Sukan Malaysia XIII 2010 Melaka lalu telah diadakan secara sederhana tetapi meriah. Majlis disempurnakan oleh YB Lydia Ong Kok Fooi, Exco Belia & Sukan Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti Negeri Pulau Pinang. Turut hadirYB Pegawai Kewangan Negeri & YB Dato’ Speaker Dewan Undangan Negeri.

Insentif @ imbuhan yang diterima atlet ini diharap dapat menjadi pembakar semangat untuk terus maju pada masa akan datang. Insentif yang diberikan adalah RM3000 untuk pingat Emas, RM2000 pingat Perak & RM1000 pingat Gangsa. RM1000 diberi kepada atlet yang berjaya memecah rekod kebangsaan.

Majlis ini juga diserikan dengan persembahan menarik daripada atlet-atlet sukan Karate, Silat, Silambam, Judo & Wushu yang mana telah mengharumkan nama Negeri Pulau Pinang semasa di Sukan Malaysia yang lalu.

Kepada atlet, ibubapa, wakil-wakil persatuan yang banyak membantu dalam kejayaan atlet menyumbang pingat di Sukan Malaysia lalu, jutaan terima kasih diucapkan. Jasamu dikenang ...













































































































0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved