Monday, July 5, 2010

CIMB RISING STARS NATIONAL JUNIOR CIRCUIT 2010

Kejohanan : CIMB Rising Stars National Junior Circuit 2010
Tarikh : 23 – 28 Jun 2010
Venue :
1. Sarawak Club, Jalan Taman Budaya, Kuching (Lelaki)
2. Kelab Golf Sarawar, Petra Jaya, Kuching (Wanita)

Atlet : 10 Orang [2 Lelaki dan 3 Wanita dari Cawangan Pelapis
Jurulatih seramai : 2 orang [1 JSM dari Cawangan Pelapis]

Laporan Ringkas :

24 Jun 2010 :
Menghadiri Majlis Liputan Media dan Majlis Makan Malam

25 - 27 2010 :
Kejohanan bermula di dua tempat berbeza, memantau kejohanan di kedua tempat sepanjang kejohanan, menghadiri mesyuarat bersama atlet yang dikelolakan oleh Jurulatih setiap malam di hotel dan melawat rakan-rakan USPTN Sarawak pada 25hb dan 28hb Jun 2010 sebelum berangkat balik ke Pulau Pinang.

Acara yang dipertandingkan :

1. Lelaki dan Wanita Bawah 9 tahun
2. Lelaki dan Wanita Bawah 11 tahun
3. Lelaki dan Wanita Bawah 13 tahun

Acara yang melibatkan atlet Cawangan Pelapis :

1. Lelaki Bawah 13 tahun : Ong Sze Kuan dan Amitaesh Thevananthan
2. Wanita Bawah 11 tahun : Nur Natasha Nabila
3. Wanita Bawah 13 tahun : Nur Aliah dan Sara Chew


Keputusan Kejohanan : Hanya dua atlet sahaja mendapat gangsa untuk acara Wanita Bawah 11 tahun (Zetty Zawanah dari Pembangunan dan Nur Natasha Nabila Binti Mohd Jalil dari Cawangan Pelapis)

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Persatuan Skuasy Pulau Pinang memberi peluang kepada saya untuk bersama atlet ke Sarawak dan tidak lupa ribuan terima kasih saya kepada PKU Sarawak Cik Saufarina kerana sudi meluangkan masa menjemput saya pergi ke pejabat USPTN Sarawak dan layanan beliau semasa saya dia Sarawak.

Bersama-sama ini dilampirkan gambar-gambar yang sempat diambil.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Laporan Oleh : Fatimah Jamil














0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved