Monday, July 26, 2010

LAPORAN KEJOHANAN BADMINTON SIRKIT KEBANGSAAN PROTON - KEDAH OPEN 2010

Tarikh : 21-24 Julai 2010
Venue : Dewan Persatuan Badminton Kedah, Alor Setar Kedah.

Peserta :

4 Atlet Cawangan Pelapis yang dibiayai oleh MSNM :
[H'ng Ken Wei, Liu Jin Nee, Chew Huay Han dan Eng Suk Cheng]

2 Atlet Cawangan Pelapis dengan kos sendiri :
[Cheam June Wei dan Chuah Cheah Lin]

Jurulatih MSNPP [Deng Li]

JSM Cawangan Pelapis [Tan Gim Hin, Tony]

PPN selaku Pegawai Pengiring [Fatimah Binti Jamil]

Laporan ringkas :

20 Julai 2010 - atlet telah pergi ke tempat kejohanan untuk "Test Court" bersama dengan Jurulatih MSNPP [Deng Li]. PPN tidak dapat bersama kerana menghadiri Mesyuarat Pengurus Pasukan yang diadakan pada masa yang sama iaitu 4.00 petang.

Pada malamnya pula bersama-sama atlet telah menghadiri Majlis Makan Malam yang di sediakan oleh pihak Penganjur.

21 Julai 2010 - Kejohanan bermula dan sepasang atlet bergu wanita layak hingga ke Peringkat Separuh Akhir yang berlangsung pada malam 23 Julai 2010. Berangkat pulang pada 24 Julai 2010.

ACARA DAN KEPUTUSAN :

Perseorangan Wanita : Kesemuanya kalah di Pusingan Pertama

1. Chuah Cheah Lin [Penang] Bertemu Lee Zii Yii [BJSS]
Keputusan : Penang Kalah [14 - 21, 11 - 21]

2. Eng Suk Cheng [Penang] Bertemu Yap Rui Chen [BJSS]
Keputusan : Penang Kalah [15 - 21, 18 - 21]

3. Chew Huay Han [Penang] Betemu Cheah Yee See [BJSS]
Keputusan : Penang Kalah [10 -21, 20 - 22]

4. Liu Jin Nee [Penang] Bertemu Chin Kah Mun BJSS]
Keputusan : Penang Kalah [19 - 21, 19 - 21]

Perseorangan Lelaki : Keputusan Pusingan Pertama Menang tanpa bertanding.

1. Cheam June Wei [Penang] Bertemu Wong Yew Haw [Pahang]
Keputusan Pusingan Kedua : Penang Menang [21 - 5, 21 - 12]

Cheam June Wei [Penang] Bertemu Loh Wei Sheng [BAM]
Keputusan Pusingan Ketiga : Penang Kalah [12 - 21, 11 - 21]

2. H'ng Kei Wen Bertemu Soong Joo Ven [BJSS]
Keputusan Pusingan Kedua : Penang Kalah [12 - 21, 19 - 21]

Bergu Wanita : Keputusan Pusingan Pertama menang tanpa bertanding.

1. Eng Suk Cheng & Liu Jin Nee [Penang] Bertemu
Evelyn Chee & Lim Yin Fun [BJSS]
Keputusan Pusingan Kedua : Penang Menang [16 - 21, 21 - 12, 21 - 15]


Eng Suk Cheng & Liu Jin Nee [Penang] Bertemu
Erica Khoo Pei San & See To Chia Vem [BJSS]
Keputusan Suku Akhir : Penang Menang [21 - 19, 21 - 18]

Eng Suk Cheng & Liu Jin Nee [Penang] Bertemu
Chow Mei Kuan & Lee Meng Yen [BJSS]
Keputusan Separuh Akhir : Penang Kalah 18 - 21, 10 - 21


2. Chew Huay Han & Chiam Xue Qi Bertemu
Lim Chiew Sien & Nurul Hedayu Zainuddin [BJSS]
Keputusan Pusingan Kedua : BJSS Menang [18 - 21, 17 - 21]

Syabas dan Tahniah kepada Atlet dari Cawangan Pelapis Eng Suk Cheng dan Liu Nin Nee berjaya sehinggan ke Peringkat Separuh Akhir dan tewas di tangan Atlet dari BJSS.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Laporan Oleh : Fatimah Jamil












0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved