Wednesday, July 21, 2010

KEJOHANAN MENEMBAK TUN TAN SIEW SIN TROPHY - Last Day

Hari terakhir kejohanan menyaksikan atlet Leow Shiuhmin sekali lagi beraksi dalam acara 25m sport pistol wanita dan Muhd Uthman Ali dalam acara 50m free pistol lelaki yang bermula pada jam 9.00 am – 10.45 am. Walaupun tidak memungut sebarang pingat, tetapi penyertaan atlet dalam kejohanan ini dilihat banyak membantu pasukan dalam aspek persiapan masa, mental, dan ketenanan. Keseluruhannya saya sebagai jurulatih berpuas hati dengan komitmen, disiplin, dan kerjasama daripada atlet-atlet pelapis baru ini.

Selepas penyampaian hadiah, pasukan bertolak balik ke Pulau Pinang pada jam 2.00 pm dan tiba di Pulau Pinang pada jam 7.15 pm. Jutaan terima kasih kepada USPTN & MSNegeri atas sokongan dalam penyertaan pendedahan pada kejohanan ini.

Laporan Oleh : Ivarn Syazwan, Jurulatih Menembak







0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved