Tuesday, July 27, 2010

KEM BAKAT SUKAN MEMANAH FASA 2/2010 - 1st & 2nd Day

Program : Kem Bakat Sukan Memanah Fasa 2, 2010
Venue : MSN Keramat, Kuala Lumpur
Tarikh : 25 sehingga 31 Julai 2010

Kem Bakat Memanah Fasa 2, 2010 ini merupakan rentetan dan kesinambungan daripada Kem Bakat Fasa 1 yang lalu. Kali ini seramai 25 atlet yang terlibat dengan pecahan 14 atlet lelaki dan 10 atlet wanita. Seramai 5 jurulatih membantu sepanjang kem kali iaitu JPM Marbawi (Backup Elit), JPM Othaman (PK), JLN Mohamad Tohir Gatot (PS), JPM Syahmi dan JPM Amran (PN). Kem ini diketuai oleh En.Ibrahim Mohamed (Pengurus Sukan Memanah) merangkap Penceramah Motivasi dan dibantu oleh 2 SDO iaitu En.Zubir Shaharani (Perak) dan Pn.Shahashuhaida Tarmuzi (Pulau Pinang). Kem ini telah melibatkan kedua-dua kategori (Kat 1 & Kat 2) dan pemilihan berdasarkan skor semasa di Sirkit Kebangsaan 1 di Terengganu, Karnival Pelapis Kedah dan Sukan Malaysia di Melaka. Disamping itu, kem ini diadakan adalah untuk pemilihan atlet ke Akademi Serantau Pulau Pinang kelak.

Pada hari pertama, sessi malam hanya diadakan sessi suaikenal dan makluman awal kepada semua atlet mengenai tujuan dan objektif diadakan dan ucapan selamat datang kepada atlet yg terpilih ke kem kali ini. Selain itu, atlet-atlet lain telah melantik seorang penghulu dan penghuluwati kem iaitu Kat 1 (L) Vennedick Wilson (Sarawak) & (W) Nur Fatah Nordin (Jhr) manakala Kat 2 (L) Harith Suffi (P.Pinang) & Nur Musyida Ramli (Kedah).

Hari kedua dimulakan dengan taklimat ringkas oleh JPM Othman. Selepas itu, atlet melakukan regangan sebelum latihan bermula. Setiap atlet perlu meletakkan bow masing-masing untuk diperiksa peralatan oleh Jurulatih2. Ada beberapa bow perlu di perbetulkan semula, contohnya atlet Nur Naseha Rusli (P.Pinang), tali (string) tersilap pusingan nya, centre serving yang salah dan tali pendek. Disinilah peranan Jurulatih2 yang dilantik dan yang berpengalaman untuk membantu atlet sepanjang kem. Atlet berlatih menggunakan getah sebelum memegang bow masing2. Tujuan diadakan adalah untuk mendapatkan feel atau dipanggil Image Traning. Sessi petang diadakan sessi latihan di padang seperti sessi pagi. Malam aktiviti kerja kumpulan dilakukan bersama-sama.

Sekian laporan hari pertama dan kedua dari Padang Memanah MSN Keramat, K.Lumpur.

Shasha Tarmuzi
PPN


















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved