Monday, July 26, 2010

PERJUMPAAN PPN & JURULATIH BERSAMA IBUBAPA ATLET - TENPIN BOWLING

Tarikh : 17 Julai 2010 [Sabtu]
Masa : 3.00 petang hingga 4.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Mega Lanes Prai, Pulau Pinang.
Kehadiran :
JSM - Yeoh Seng Poh, Albert dan Nooriani Abdul Rahman.
16 keluarga

Mesyuarat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan hasilnya seperti berikut.

Pembentangan dari PPN - Fatimah Binti Jamil

1. Status Atlet dalam Cawangan Pelapis Negeri dari Julai - November 2010

Seramai tiga atlet telah dikeluarkan dari Program Cawangan Pelapis mulai Julai 2010 atas sebab seorang melanjutkan pelajaran diluar negeri Pulau Pinang dan dua orang kerana kehadiran semasa latihan sepanjang Jan - Jun 2010 tidak memuaskan. Keputusan ini diambil setelah berbincang bersama ketiga-tiga semasa perjumpaan JSM pada 1 Julai 2010 di Mega Lanes Prai.

2. Prestasi Atlet sepanjan Jan - Jun 2010

Memaklumkan kepada keluarga bertapa pentingnya penglibatan anak-anak mereka di dalam setiap kejohanan dari Peringkat Negeri mahu pun Peringkat Kebangsaan kerana Penilian Prestasi akan diambil dari keputusan kejohanan tersebut.

Mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ibu-bapa selama ini yang memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak mereka sepanjang Jan - Jun 2010 yang lalu dan berharap ini akan berterusan.

3. Program yang telah diatur sepanjang bulan Julai - Nov 2010

25 Julai 2010 - Ujian Kecergasan yang dikendalikan oleh pihak ISN.

5 - 8 Ogos 2010 - Sportexcel di Mega Lanes Bandar Sunway, Selangor.

Ogos - Nov - Sekali sebulan sesi pembelajaran "Pemakanan" dan "Psikologi".

24 - 26 Sep 2010 - Sportexcel Grand Finals di Mega Lanes Bandar Sunway, Selangor.
4. Lain-lain hal

Pembentangan JSM - Albert Yeoh Seng Poh

Memaklumkan kepada keluarga yang hadir masa latihan sepanjang bulan puasa akan berubah seperti berikut :

Hari : Selasa dan Khamis
Masa latihan biasa : 6.30 petang - 8.30 malam
Masa latihan bulan puasa : 4.00 petang - 6.00 petang

Hari : Sabtu [Tiada perubahan]
Masa latihan biasa : 11.00 pagi - 1.00 tengahari

Pusat Latihan : Pusat Boling Mega Lanes Prai, Pulau Pinang.

JSM Albert Yeoh memaklumkan kepada keluarga atlet di dalam Program Cawangan Pelapis supaya anak-anak mereka menglibatkan diri di dalam kejohanan di Peringkat Negeri mahu pun di Peringkat Kebangsaan.

JSM Albert Yeoh juga memaklumkan kepada keluarga yang hadir supaya memaklumkan kepada Jurulatih masing-masing jika anak mereka tidak dapat menghadiri latihan untuk mengelakkan dari diambil tindakan tatatertip.

Persoalan dari pihak keluarga - En. Mohd Mazli Ismail

Soalan - Apakah pemilihan atlet semasa program "National Evaluation" yang diadakan pada setiap tahun berdasarkan kepada prestasi atlet sahaja ?

Jawapan - JSM Albert Yeoh memaklumkan keputusan pemilihan yang dibuat oleh Jurulatih Peringkat Kebangsaan berdasarkan dari gaya persembahanan atlet pada hari tersebut mengikut kurikolam dari program latihan yang disediakan oleh pihak kejurulatihan yang telah diajar oleh Jurulatih.

JSM akan mengadakan mesyuarat bersama-sama atlet sebelum pemilihan tersebut diatas dijalankan dan akan memaklumkan kepada atlet apa yang harus dilakukan.

Jawapan - PPN Fatimah Jamil juga memaklumkan bahawa sebelum keputusan muktamad dibuat, perbincangan akan diadakan diantara JSM Cawangan Pelapis, Pihak Persatuan Negeri dan Jurulatih Kebangsaan bersama PPN. Lapuran kepada perkara yang dibincang akan dihantar oleh PPN kepada Pengurus di Cawangan Pusat [MSNM].
Perjumpaan bersama keluarga diakhiri dengan ucapan ribuan terima kasih kepada semua ibu-bapa yang sudi meluangkan masa dan tidak lupa kepada JSM Cawangan Pelapis yang sentiasa memberikan kerjasama untuk menjayakan Program Cawangan Pelapis dan berharap perjumpaan ini dapat di teruskan dimasa akan datang.

Dengan mengadakan perjumpaan/mesyuarat sebegini, selain dari memberi/mendapat maklumbalas ia juga dapat mengeratkan lagi perhubungan antara keluarga atlet dengan JSM dan PPN di Cawangan Program Pelapis.

Sekian dimaklumkan, terima kasih. Laporan oleh : Fatimah Jamil






0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved