Monday, July 12, 2010

KEM BAKAT SUKAN BERBASIKAL TREK PELAPIS 2010 - UPDATE 3rd Day

Tarikh: 11.07.2010
Masa: 8.00 pg-10.30 mlm
Tempat: Valodrom Rakyat Ipoh Perak

Hari ketiga kem bakat bermula dengan aktiviti senaman pada jam 8.00 pg. kemudian atlet diberi taklimat mengenai aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. Acara yang akan di jalankan pada pagi tersebut adalah acara team sprint tetapi terpaksa ditangguhkan sehingga jam 10.30. Ini berlaku berikutan kawasan trek yang basah akibat hujan yang turun pada sebelah malam.

Pada jam 10.30 pg, trek sudah kering sepenuhnya dan latihan dimulakan dengan sesi warm up trek dan dikuti dengan latihan bagi acara team sprint. Dalam acara tersebut setiap pasukan mesti mempunyai 3 pelumba. Apabila satu pasukan dilepaskan,mereka perlu memecut dan pelumba yang berada di hadapan akan bergerak keluar untuk pusingan yang pertama dan untuk pusingan yang kedua,pelumba yang berada dihadapan perlu keluar. Pelumba yang terakhir akan memecut dan menghabiskan pusingan.

Catatan masa dikira dari pelumba yang terakhir. Pada jam 12.30 tengahari, latihan bagi acara team sprint tamat dan atlet menikmati makan tengahari di Dewan makan Msn Perak. Bermula jam 3 ptg, kem bakat di teruskan dengan sesi psikologi oleh pegawai dari Institut Sukan Negara. Pada jam 4.30 ptg sesi psikologi tamat dan diteruskan dengan latihan bagi acara team pursuit. bagi acara ini, seramai 4 pelumba dari setiap bagi setiap pasukan diperlukan. Setiap pasukan perlu melaksanakan 16 pusingan dan catatan masa dikira daripada pelumba yang ketiga. Sesi latihan tamat pada jam 6.30 ptg.

Di sebelah malam iaitu pada jam 8.30 malam, satu sesi pemakanan diadakan. Sesi ini disampaikan oleh pegawai dari Institut Sukan Negara. Jam 10.30 mlm, sesi tamat. Pada hari ketiga kem bakat, seramai 26 atlet sahaja yang mengambil bahagian manakala seorang atlet tidak dapat meneruskan latihan berikutan kecederaan retak dibahagian tulang bahu akibat terjatuh dari trek semasa melakukan latihan kelayakan 200 meter sprint. Insiden tersebut berlaku pada hari kedua kem bakat namun kecederaan atlet tersebut tidak terlalu serius.

Hari ketiga Kem Bakat Berbasikal (L) 02/2010.

Syamsul Afzan Bin Mohd Nor
















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved