Monday, July 5, 2010

PEMANTAUAN PLN - MENEMBAK

Tarikh: 3 Julai 2010
Masa: 9 pagi -1 tengahari
Tempat :Kelab Menembak Pulau Pinang

Seramai 5 orang atlet dan 1 orang jurulatih hadir sesi latihan menembak pada hari tersebut. 3 orang atlet dari pelapis negeri dan 2 orang atlet dari pembangunan.

Latihan

Latihan yang dijalankan oleh jurulatih (Mohd Irvan Syazwan) melibatkan keseimbangan badan semasa melakukan tembakan. Selain itu beliau menunjukkan cara yang betul untuk memegang rifle dan pistol terhadap atlet pembangunan.

Perbincangan

Melalui perbincangan dengan jurulatih, beliau akan membawa 5 orang atlet tersebut pada kejohanan yang terdekat sebgai proses pendedahan dalam sukan menembak.
Hasil perbincangan dengan setiausaha persatuan, peluru dan aksesori menembak sudah di terima dari syarikat pembekal manakala jaket menembak akan tiba pada 17 Julai 2010. Proses pembelian jaket lewat disebabkan jaket tersebut perlu diukur dengan saiz badan atlet sebelum ditempah.

Laporan Oleh : Syamsul Afzan








0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved