Friday, April 27, 2018

LAPORAN PROGRAM PENCARIAN BAKAT (TID) SUKAN MENEMBAK

Tarikh : 27 April 2018 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : SMJK Heng Ee
Kehadiran : 1 Pegawai, 2 Jurulatih, 2 Atlet

Program pencarian bakat baru (TID) sukan menembak telah dijalankan pada 27 April 2018. Seramai 90 pelajar telah hadir pada hari tersebut termasuk guru – guru dan murid-murid tingkatan 1 lelaki dan wanita Program hari ini dimulakan dengan penerangan program sukan menembak di bawah USPTN. Pelajar-pelajar diberitahu bagaimana cara untuk memulakan karier sebagai seorang atlet bermula dari bangku sekolah hingga ke peringkat kebangsaan.Setelah taklimat ringkas disampaikan oleh penyelaras dan jurulatih mengambil tempat dengan memulakan penerangan latar belakang sukan menembak. Taklimat merangkumi pencapaian atlit, jadual latihan serta beberapa elemen yang perlu ada bagi seorang untuk menjadi atlet negeri.

Objektif TID dibuat untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan menembak bagi menambahkan lagi saingan sesama sendiri ketika menjalani latihan. Beberapa ujian telah dijalankan antaranya Ujian mata dan triggering . Data atlit berkenaan akan dianalisa oleh jurulatih sebelum memutuskan siapa yang layak untuk ke fasa seterusnya. Program berakhir jam 11.00 pagi

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved