Wednesday, April 11, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TENPIN BOLING

Tarikh : 10 April 2018 (Selasa)
Masa : 2.00 pm - 4.00 pm
Tempat  : Mega Mall Bowling Centre, Seberang Prai 

KEHADIRAN
1. Albert Yeoh Seng Poh - JSM
2. Nooriani Abdul Rahman - JSM
3. Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

ATLET
1. 13 Orang

LATIHAN
1. Tiada

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. SPORTEXCEL - NSC - MILO - MTBC Junior Circuit 2018 - Terengganu Leg yang akan berlangsung pada 12 hingga 15 April 2018 di Coral Crown, Paya Bunga Square, Terengganu
2. Sarawak International Open Tenpin Bowling Championships 2018 yang akan berlangsung pada 25 hingga 28 April 2018 di Megalanes Sarawak, Kuching
3. Kejohanan Tenpin Boling MSSPP 2018 yang akan berlangsung pada 9,10,11,17 dan 18 April 2018 di  Mega Mall Bowling Centre, Seberang Prai  
4. Kejohanan Piala Remaja MILO Ranking Master - 2nd Leg 2018 yang akan berlangsung pada 5 Mei 2018 di Central Square, Sungai Petani, Kedah

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Persendirian

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. Seramai 394 orang peserta melibatkan 50 buah sekolah seluruh Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Tenpin Bowling MSSPP 2018 yang telah berlangsung di Mega Bowling Center, Seberang Perai bermula 9,10,11,17 dan 18 April 2018.
2. Hari ini merupakan hari kedua kejohanan yang mempertandingkan kategori Individu lelaki dan wanita bawah 18 tahun serta beregu lelaki bawah 15 tahun.
3. Jurulatih memaklumkan seramai 13 orang atlet pelapis menyertai Kejohanan MSSPP kali ini dan keputusan kejohanan akan dimaklumkan kepada PPN selepas tamat kejohanan.
4. Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut :-
i. Individu Wanita & Lelaki U12, U15 dan U18
ii. Beregu Wanita & Lelaki U12, U15 dan U18
iii. Master Wanita & Lelaki U12,U15 dan U18 
5. Setiap kategori pemain perlu bermain sebanyak 4 games untuk mendapatkan keseluruhan jatuhan pin sebelum dinobatkan sebagai pemenang. Pemenang-pemenang pada peringkat ini akan terpilih mewakili MSSPP ke kejohanan MSSM yang akan berlangsung di Pulau Pinang pada 5 hingga 10 Ogos 2018. Kelayakan pemain untuk layak ke MSSM berdasarkan pada jumlah jatuhan pin (Al Event + Master) dan 4 pemain teratas akan layak.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved