Wednesday, April 4, 2018

LAPORAN HARI KEDUA BENGKEL GIMRAMA SIRI 1/2018

Tarikh : 3 April 2018 (Selasa)
Masa : 9.00 am hingga 3.00 pm
Tempat : Akademi Gimrama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Jurulatih :  
(1) Tay Hui Shing  (2) Lee Xin Ee (JSM)
- Puan Yeoh Beng Choo (Penolong Setiausaha MJAPP)
- Puan Nursyafiqah Binti Salamat (PPN)

Atlet : 23 orang

Hari Kedua diteruskan dengan latihan yang telah ditetapkan oleh jurulatih Cik Tay Hui Shing. Beliau hari ini lebih menekankan kepada cara memanaskan badan bagi seorang gimnas dimana setiap regangan otot yang perlu dilakukan dengan betul. Selain itu, beliau turut melakukan beberapa regangan daripada jurulatih kepada gimnas serta memberi fokus kepada seluruh anggota badan terutamanya kaki, perut dan latihan tangan dalam membentuk kekuatan otot yang diperlukan oleh seorang gimnas.

Selain itu, jurulatih turut memberi fokus kepada "ballet strengthening" yang lebih kepada kicking dan sebagainya. Hari ini juga gimnas skuad latihan iaitu Ong Wei Yee sekali lagi diberi latihan yang intensif bagi acara gelung sehingga beliau mendapat scoring yang baik daripada jurulatih.

Semoga usaha dan segala komitmen daripada gimnas dalam menjalani latihan di bengkel ini memberikan keputusan yang baik kepada mereka.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved