Wednesday, April 4, 2018

LAPORAN HARI PERTAMA BENGKEL GIMRAMA SIRI 1/2018

Tarikh : 2 April 2018 (Isnin)
Masa : 12.00 pm hingga 3.00 pm
Tempat : Akademi Gimrama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Jurulatih :  
(1) Tay Hui Shing  (2) Lee Xin Ee (JSM)
- Puan Wong Chiew Lee (Naib Presiden MJAPP)
- Puan Yeoh Beng Choo (Penolong Setiausaha MJAPP)
- Puan Nursyafiqah Binti Salamat (PPN)

Atlet : 23 orang

Hari ini merupakan hari pertama Bengkel Gimrama Siri 1/2018 yang bakal dijalankan selama 6 hari dimana bermula daripada 2 April 2018 hingga 7 April 2018. Seramai 23 orang gimnas menghadiri bengkel kali ini terdiri daripada gimnas skuad latihan negeri Pulau Pinang, pelapis negeri Pulau Pinang serta kelab MJAPP yang telah dipilih oleh pihak persatuan untuk berada di dalam bengkel ini.

Bengkel ini telah dihadiri oleh Cik Tay Hui Shing yang mempunyai pengalaman dalam bidang sukan gimrama sebagai atlet, jurulatih dan sebagainya. Jurulatih Sambilan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang iaitu Lee Xin Ee turut bekerjasama dan menuntut ilmu daripada Cik Tay Hui Shing. Selain itu, beberapa jurulatih daripada kelab MJAPP turut bekerjasama dalam mengendalikan bengkel ini. 

Bengkel yang dikendalikan ini dilihat bermanfaat bagi mereka yang masih di peringkat awal dan jurulatih turut memberi fokus kepada gimnas skuad latihan yang akan menghadapi SUKMA PERAK 2018 pada September ini. Pada hari ini beliau melihat rutin bagi acara gelung untuk gimnas Ong Wei Yee, dimana telah mengubah beberapa elemen dan difficulty yang tidak bersesuaian. Gimnas Pulau Pinang kebanyakan memberi usaha dan komitmen yang tinggi dalam menjalani latihan bengkel ini, namun gimnas sendiri tidak mempunyai waktu latihan yang mencukupi kerana hanya menjalani latihan secara separuh masa.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang iaitu Encik Frederick Tan Teck An yang memberi sokongan ynag tinggi kepada gimnas Pulau Pinang serta Majlis Jimnastik Amatur Pulau Pinang dalam menjalankan bengkel ini.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved