Tuesday, April 10, 2018

LAPORAN HARI TERAKHIR BENGKEL GIMRAMA SIRI 1/2018

Tarikh : 7 April 2018 (Sabtu)
Masa : 9.00 am hingga 11.00 am
Tempat : Akademi Gimrama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Jurulatih :  
(1) Tay Hui Shing  
(2) Vanessa Koay Wei Li (JSM MJAPP)
(3) Lee Xin Ee (JSM MSNPP)
- Puan Yeoh Beng Choo (Penolong Setiausaha MJAPP)
- Puan Nursyafiqah Binti Salamat (PPN)

Atlet : 23 orang

Hari ini merupakan hari terakhir gimnas bersama jurulatih Tay Hu Shing. Pada hari ini juga jurulatih btelah menjemput semua ibu bapa untuk berada dalam gimnasium bagi melihat prestasia anak mereka selepas 6 hari menjalani latihan bersama beliau.

Latihan dijalankan dari mula dengan memanaskan badan dan fleksibiliti serta memulakan persembahan mengikut gred masing-masing. Perhatian sepenuhnya diberikan kepada atlet skuad latihan iaitu Ong Wei Yee, Jurulatih memberi nasihat bahawa banyak yang perlu beliau perbaiki kerana masa untuk ke SUKMA PERAK sudah tidak lama dan memohon jurulatih separuh masa memberi latihan kekuatan kepada beliau terutama di bahagian kaki. Ibu bapa serta gimnas yang lain memberi maklumbalas yang baik berkenaan latihan yang dijalankan oleh jurulatih ini dan memohon agar beliau kembali untuk mengajar gimnas yang ada.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved