Monday, April 23, 2018

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK REMAJA KEBANGSAAN SIRI 1/2018

Tarikh : 20 April 2018 (Jumaat)
Tempat : Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Gimnastik Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Gimnastik Artistik Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 1/2018 pada 20 hingga 22 April 2018 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan Gimnastik Artistik dijalankan pada 20 April 2018 bermula jam 6.00 petang dan pertandingan akan bermula pada keesokan hari. Atlet pelapis Gimnastik Artistik Pulau Pinang pada kejohanan kali ini hanya menghantar pasukan lelaki kerana pasukan wanita sudah melepasi level 5 dan bagi atlet baru masih belum bersedia ke kejohanan.

Sebanyak 14 negeri telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Melaka, Selangor, Pahang, Kelantan, Sarawak, Perak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Terengganu

Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi class 1,2 dan 3. Pendaftaran telah dilakukan seramai 9 orang gimnas. Kejohanan kali ini memberi pengalaman yang baru bagi jurulatih separuh masa USPTNPP yang baru sahaja dilantik pada Mac lalu iaitu Encik Rico Tan Teik Jin yang membawa gimnas ke pertandingan buat pertama kali.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved