Wednesday, April 4, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 3 April 2018 (Selasa)
Masa : 7.30 pm - 9.30 pm
Tempat   : Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Tan Teik Jin - JSM USPTNPP
2. Foong Kok Seng - JPM MSNPP
3. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 15 Orang

LATIHAN
1. Strength
2. Flexibility
3. Routine Training

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Remaja Kebangsaan Gimnastik Artistik Siri 1/2018 pada 20 hingga 22 Mac 2018 di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran talet pada hari ini memuaskan serta atlet yang telah dipilih untuk menjalani latihan selama 3 bulan selepas Tid hanya tinggal 5 orang.
2. PPN telah menerangkan segala peraturan dan jadual latihan kepada ibu bapa bahawa program TID ini untuk pencarian bakat baru dan melihat sejauh mana atlet baru untuk diberikan sentuhan baru daripada jurulatih. Sekiranya mempunyai bakat selepas 3 bulan mereka akan diserap dalam program pembangunan mahupun pelapis negeri. Sekiranya tidak mempunayi kemajuan atlet tersebut akan disingkirkan daripada menjalani latihan di gimnasium MSNPP.
3. Ujian Mengenalpasti Bakat Siri 2/2018 bagi sukan gimnastik artistik (MAG) akan dijalankan pada awal bulan Mei 2018 ke 5 atau 6 buah sekolah yang akan dicadangkan oleh pihak jurulatih.
4. PPN sekali lagi mengingatkan jurulatih untuk bekerjasama dalam menjaga kebersihan serta keselamatan gimnasium.
5. PPN turut memaklumkan bahawa Mesyuarat JKK Pelapis Negeri bagi sukan gimnastik artistik akan dijalankan pada 16 April 2018 jam 11.00 pagi di bilik mesyuarat MSNPP.
6. Pada 9 dan 10 April 2018 pihak USPTNPP akan ke Bukit Jalil untuk mengambil peralatan di gimnasium yang tidak digunakan lagi iaitu satu set uneven bars bersama rails bars untuk ditempatkan di Pusat Latihan Negeri. Pihak MSNPP, USPTNPP dan MJAPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Majlis Sukan Negara.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved