Thursday, March 10, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SESI SPARRING DAN PEMILIHAN ATLIT TINJU KE KEJOHANAN REMAJA KEBANGSAAN

Tarikh : 9 Mac 2016 (Rabu)
Masa : 5.00 petang – 6.30 Petang
Tempat : Gelanggang Tinju MSN, Batu Uban, Pulau Pinang

Pada  9 Mac  2016 satu sesi sparring telah diadakan di Pusat Latihan Tinju Batu Uban. Ia disertai petinju dari Pusat LatihanTinju Batu Uban, Pusat Latihan Tinju Titi Mukim dan Kelab Indian Star Pulau Pinang. Hampir 25 petinju menyertai sesi sparring kali ini. Selain sesi sparring, turut berlangsung sesi pemilihan petinju bagi atlet Pulau Pinang ke Kejohanan Remaja Kebangsaan siri1/2016 pada 14 hingga 18 Mac 2016 di Stadium Mini Sungai Besar Selangor.

Seramai 16 peserta telah terpilih dari sparring yang telah dijalankan. Mereka dipilih melalui  penilaian 3 orang jurulatih iaitu Johny Kasiran, Zainuddin dan Arumugam. Selain itu juga Jurulatih Pak Johnny berkongsi tip-tip berkenaan tinju kepada atlit sebagai ilmu tambahan bagi memantapkan teknik masing-masing. Sesi berakhir kira-kira 6.30 petang.

Tahniah kepada yang terpilih, semoga dapat menunjukkan semangat juang yang tinggi ketika kejohanan nanti.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved