Sunday, March 27, 2016

LAPORAN HARI KELIMA KEM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2016

Tarikh : 26 Mac 2016 (Sabtu)
Tempat : Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan MSN Keramat
Masa : 6.30 pagi hingga 10.00 malam

Hari kelima kem diteruskan dengan atlet berkumpul di lobi hotel pada jam 6.30 pagi sebelum bergerak ke Kompleks menaiki bas yang disediakan. Atlet berkumpul dengan taklimat pagi oleh En.Giam sebelum nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa. Selepas itu, atlet diberi masa selama 15 minit untuk regangan dan berlari "slow jog" sebanyak 7 pusingan. Selesai senaman pagi, atlet bergerak untuk sarapan pagi sebelum ke padang untuk meneruskan sesi latihan pagi.

Atlet diberi masa selama 3 jam untuk latihan terakhir sebelum mini pertandingan dijalankan pada sebelah petang dengan jarak double 30 meter (Lelaki & Wanita). Latihan pagi terarah kepada Shooting Skill (Teknikal) jarak 30 meter. Pada latihan terakhir ada segelintir atlet yang masih melakukan kesilapan kecil. Namun itu tidak mematahkan semangat semua atlet untuk memperbaiki kesilapan kecil dengan pemantauan jurulatih yang berpengalaman.

Pada sebelah petang, mini pertandingan dapat dijalankan dengan jarak Double 30 Meter (Lelaki & Wanita). Setiap atlet perlu menghabiskan 72 anak panah untuk menentukan pemenang. Mini pertandingan ini akan diputus berasaskan kepada Undang-Undang World Archery Federation (WA) dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia.

Berikut disertakan keputusan penuh mini pertandingan :-

LELAKI DOUBLE 30 METER

1. Chrishopter Wong (SAB) - 646
2. Muhammad Najmi (KEL) - 627
3. Muhammad Azmi (PAH) - 626
4. Mohd Amiruzaman (PAH) - 625
5. Mohd Arif Hidayat (KED) - 616
6. Amir Aiman (KL) - 578
7. Alif Akhri Alimudin (SEL) - 568
8. Ahza Mirzani (SAR) - 566
9. Muhammad Aiman (KEL) - 549
10. Syed Mohd Hafiz (KL) - 546
11. Muhammad Aqil Fauzan (TER) - 524
12. Abang Haizeeq Najwan (SAR) - 486
13. Muhammad Akmal Adry (KEL) - 483
14. Haqimi Izzudin (PEN) - 432
15. Amirudin Shams (NS) - 370
16. Amirul Haqim (NS) - 364
17. Lau Jian Yeong (PRK) - 360
18. Mohd Fareez (MEL) - 293

WANITA DOUBLE 30 METER

1. Nadiah (SEL) - 626
2. Pritiswary (PEN) - 606
3. Nayli Athilah (PAH) - 601
4. Vency Veronita (SAB) - 586
5. Supang Yahya (SAB) - 581
6. Nur Alia Roselee (KEL) - 580
7. Nur Zakirah (MEL) - 571
8. Suria Athirah (KEL) - 556
9. Wong Li Ying (PEN) - 538
10. Uzma Qistina Razali (NS) - 516
11. Aimuni Sabihah (PER) - 468
12. Nur Alia (KED) - 466
13. Clemeny Priska (SAB) - 465
14. Wan Nabilah (TER) - 444
15. Nur Wardina (NS) - 443
16. Wan Saffahusna (TER) - 411
17. Ratin Nurhusna (PRK) - 398
18. Nur Syameera (NS) - 343

Sesi malam semua atlet diberi active rest dengan tayangan video selama 2 jam. Selesai tayangan video atlet dilepaskan awal untuk balik ke hotel berehat secukupnya. Esok merupan hari terakhir kem dengan slot rumusan dari ketua jurulatih sebelum majlis penutup dan penyampaian hadiah pada semua atlet yang hadir.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved