Thursday, March 24, 2016

LAPORAN HARI PERTAMA KEM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2016

Tarikh : 22 Mac 2016 (Selasa)
Tempat : Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan MSN Keramat
Masa : 2.00 petang hingga 10.00 malam
KEHADIRAN
1. En. Giam Fook Pang - Pegawai USPTN
2. En. Akmal Ahmad Zainudin - Pengurus Sukan Memanah
3. En. Ahmad Affendy Baharin - PPN Negeri Sembilan
4. En. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN Pulau Pinang
5. En. Syed Muhamad Syakir Tuan Mohd Zawawi - PPN Terengganu
6. Cik Noor Faeezah Jamaludin - PPN Melaka
7. En. Othman Wahab  - Jurulatih Pelapis Kebangsaan
8. En. Jefrey Ngaiman - JSM Negeri Sembilan
9. En. Muhamad Asrizal Haris - JSM Sarawak

Hari ini bermula kem bakat sukan memanah siri 1/2016 yang sedang berlangsung dari 22 hingga 27 Mac 2016 di Lapang Sasar Memanah Kompleks MSN Keramat, Kuala Lumpur. Kem kali ini mengumpulkan atlet-atlet pelapis negeri seluruh Malaysia yang terpilih berumur 15 tahun ke bawah sebagai pengenalan dan pendedahan awal berlatih di bawah bimbingan jurulatih pelapis kebangsaan dan lain- lain jurulatih yang berpengalaman.

Pelapis Negeri Pulau Pinang menghantar seramai 3 orang pemanah terdiri daripada seorang lelaki dan 2 wanita iaitu Haqimi Izudin, Pritiswary dan Wong Li Ying. Secara keseluruhan jumlah peserta kem ini seramai 36 orang atlet melibatkan 18 lelaki dan 18 wanita.

Pada hari pertama kem bermula dengan sesi pendaftaran jam 2.00 petang dengan para peserta diberi taklimat kem oleh En. Giam Fook Pang dan En. Othman Wahab selaku Ketua Jurulatih kem. Sebelah petang atlet diberi pelepasan untuk berehat sebelum dilepaskan untuk makan malam. Sesi sebelah malam diteruskan dengan sesi suai kenal antara atlet-atlet, jurulatih dan pegawai yang terlibat. 

Seterusnya, pada hari kedua akan diteruskan dengan Ujian Kecergasan sebelah pagi Diharap para atlet-atlet dapat menggunakan peluang ini mempelajari dan memperbaiki teknik- teknik memanah dari jurulatih yang membimbing mereka sepanjang kem ini.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved