Monday, March 28, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN "2ND LEG OF SPORT EXCEL-NSC-MILO-TM NATIONAL JUNIOR & SENIOR TAEKWONDO CIRCUIT 2016

Tarikh : 25 hingga 27 Mac 2016
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur
               
Kejohanan "2nd Leg of the Sport Excel-Milo-NSC-TM National Junior and Senior Taekwondo Circuit 2016" telah berlangsung dari 25 hingga 27 Mac 2016 di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur. Pertandingan anjuran Taekwondo Malaysia (TM)/WTF ini telah mempertandingkan acara-acara seperti berikut :

1) Super Cadet (9 – 11 Years)
2) Cadet (12 – 14 Years)
3) Junior (15 – 17 Years)
4) Open (16 years old and above)

Pulau Pinang menghantar 2 pasukan iaitu Pasukan Pelapis Pulau Pinang yang melibatkan 16 orang atlet  dan Pasukan Skuad Latihan SUKMA 2016. Turut serta bersama pasukan ialah En. Ahmad Zaidi Bin Mohamad Rosdi pegawai Institut Sukan Negara (ISN) Pulau Pinang yang bertugas sebagai video analisis untuk pasukan.

Berikut adalah keputusan rasmi yang membabitkan atlet Pelapis Pulau Pinang :-

Pingat Emas
1. Gunashalinee a/p Ravi (Heavyweight Open dan Junior 15-17 tahun)
2. Khairi Sebastian Monroy (Light Middle Junior 15-17 Tahun)

Pingat Gangsa
1. Syamimi Athirah

Suku Akhir
1. Shangita (Flyweight Junior 15-17 Tahun)
2. Nur Farah Bt Mazlan (Welterweight Junior 15-17 Tahun)
3. Nor Ainin Sofiya (Light Middleweight Junior 15-17 Tahun)
4. Tarini Asokumar (Light Weight Cadet 12-14 Tahun)
5. Jhananih (Welterweight Cadet 12-14 Tahun)
6. Mohamad Shahdam (Finweight Cadet 12-14 Tahun)

Pusingan Kedua
1. Selva Punithen (Finweight Open 16 Tahun ke Atas)

Pusingan Pertama
1. Hari Haran (Flyweight Cadet 12-14 Tahun)
2. Vejayanderan (Bantamweight cadet 12-14 Tahun)
3. Sharvin Kunanlan (Finweight Junior 15-17 Tahun)
4. Gautham Raj (Flyweight Junior 15-17 Tahun)
5. Firas Izzaq (Featherweight Junior 15-17 Tahun)
6. Devendran (Middleweight Junior 15-17 Tahun)

Keputusan keseluruhan membabitkan pasukan Pelapis Pulau Pinang adalah tiga pingat emas dan satu pingat gangsa.  Tahniah kepada pemenang dan semua peserta yang telah menyertai kejohanan pada kali ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved