Tuesday, March 15, 2016

KEJOHANAN DALAMAN BOLING PADANG SINGLES DAN PAIRS BERTAM 1/2016

 Tarikh : 11 - 13 Mac 2016
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 malam
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Pulau Pinang

Kejohanan Dalaman Sukan Boling Padang Singles dan Pairs Bertam 1/2016 telah diadakan pada 11-13 Mac 2016 bertempat di Kompleks Sukan Bertam, Pulau Pinang. Pada kali ini 38 orang atlet mengambil bahagian dengan penglibatan seramai 12 orang atlet wanita dan 26 orang atlet lelaki. Kejohanan ini berlangsung dengan kerjasama dari Persatuan Lawn Bowls Pulau Pinang.

Objektif kejohanan ini diadakan adalah untuk menilai prestasi atlet-atlet Negeri Pulau Pinang serta mewujudkan sifat persaingan dalam pasukan bagi merebut tempat mewakili Negeri Pulau Pinang ke Kejohanan Remaja Kebangsaan Bawah 25 tahun Singles dan Pairs, Terengganu pada 16-19 April 2016 mahupun ke Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak pada Julai nanti. 

Berikut disertakan keputusan atlet yang bertanding :

KATEGORI : SINGLES
KATEGORI : PAIRS

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved