Thursday, March 31, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MEMANAH

Tarikh : 31 Mac 2016 (Khamis)
Masa : 4.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat : SMK (P) St George, Georgetown

KEHADIRAN
1. Shamani a/p Ganesan - JSM
2. Salina Putriana Erierpius - JPM Negeri
3. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 15 orang

LATIHAN
- Free Shooting
- Checking Equipment

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Seramai 12 orang telah menyertai Kejohanan Muafakat Johor International Archery Tournament 2016 pada 22 hingga 28 Mac 2016 di Dataran Pasir Gudang, Johor. Pasukan Pulau Pinang telah membawa pulang 1 emas, 2 perak dan 1 gangsa.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Telah menerima target butt dan target cover sebanyak 6 unit daripada pihak Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara Malaysia.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet kurang memuaskan kerana kebanyakan atlet masih berehat selepas balik dari kejohanan.
2. Seramai 3 orang atlet telah menghadiri Kem Bakat Sukan Memanah pada 22 hingga 27 Mac 2016 di Kompleks Sukan Negara, Taman Keramat, Kuala Lumpur. 
3. PPN memaklumkan kepada jurulatih bahawa satu pemilihan atlet ke program MSN akan diadakan pada bulan April 2016 dan senarai nama akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
4. PPN juga meminta jurulatih agar memberi senarai nama atlet yang akan menyertai Karnival Bakat Siri 1/2016 di Terengganu pada 21 hingga 24 April 2016.
5. Semasa pemantauan dibuat, jurulatih dan atlet sedang membersihkan persekitaran pusat latihan termasuk pembuangan target butt yang tidak boleh digunakan lagi.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved