Monday, March 28, 2016

LAPORAN HARI TERAKHIR KEM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2016

Tarikh : 27 Mac 2016 (Ahad)
Tempat : Kompleks Sukan MSN Keramat, Kuala Lumpur
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang

Kem Bakat Sukan Memanah Siri 1/2016 sudah melabuhkan tirainya pada hari ini. Wala bagaimanapun aktiviti hari terakhir berjalan seperti yang dirancang dengan atlet bersarapan pagi di dewan makan sebelum masuk ke dewan kuliah untuk sesi rumusan bersama ketua jurulatih. Antara pengisian rumusan pagi ini, ketua jurulatih memaklumkan bahawa beliau berpuas hati dengan persembahan semua pemanah-pemanah walaupun rata-rata masih diperingkat pembelajaran. Sepanjang kem ini djalankan, ada beberapa atlet telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Ketua jurulatih juga memaklumkan kepada semua pemanah bahawa satu pemilihan untuk layak ke program pelapis akan dapat diadakan dalam masa terdekat. Senarai nama terakhir akan dikeluarkan melalui Pengurus Sukan.

Aktiviti diteruskan lagi dengan Majlis Penutupan Kem Bakat Sukan Memanah Siri 1/2016. Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Joherman Amir Ketua Cawangan Kemahiran Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara Malaysia. Dalam ucapan penutupan, beliau berhasrat agar semua pemanah-pemanah meningkatkan prestasi selepas pulang ke negeri masing-masing. Beliau juga berharap atlet yang hadir pada kem kali ini akan mewakili negara pada masa akan datang. Selesai ucapan beliau, Majlis penyampaian sijil telah disampaikan oleh Encik Joherman Amir kepada semua atlet yang hadir. Dalam masa yang sama, hadiah kepada pemenang mini pertandingan juga disampaikan dimana pemenang lelaki dimenangi oleh Crishopter Wong (SAB) manakala wanita oleh Nadiah (SEL).

Secara keseluruhanya, semua pihak yang terlibat telah memberikan kerjasama yang baik dan semua atlet menunjukkan tahap disiplin yang tinggi. Pihak Unit juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bahagian Atlet kerana memberi peluang kepada pemanah muda untuk berkampung selama 7 hari menimba ilmu. Diharap kem sebegini dapat diadakan lagi bagi memberi peluang kepada pemanah baru mempelajari teknik-teknik memanah dengan betul. Kem berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan semua atlet akan pulang ke negeri masing-masing selepas makan tengahari.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved