Friday, March 4, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN SUKAN BERBASIKAL

Tarikh : 3 Mac 2016 (Khamis)
Masa : 4.30 petang
Tempat : MSNPP - Tanjung Bungah - Teluk Bahang

KEHADIRAN
1. Misheelan A/L Ganesan (JSM)
2. Abdul Shukor Bin Darus (JPM Negeri)
3. Munir Bin Mohd Ismail (Setiausaha Persatuan Berbasikal Pulau Pinang)
4. 15 Atlet 

LATIHAN
1. Road - MSNPP - Tanjung Bungah - Teluk Bahang (40 KM)
2. Teluk Bahang (Training Bukit DAM) 

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Lumba Basikal Remaja (Lebuhraya Sirkit 1/2016) di Jerantut Pahang pada 11 hingga 13 Mac 2016
2. Kejohanan Berbasikal Trek Remaja PLN (U15 & U16) di Velodrom Cheras Kuala Lumpur pada 14 hingga 16 Mac 2016
3. Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2016 di Velodrom Cheras Kuala Lumpur pada 17 hingga 20 Mac 2016

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
- Attachment Akademi Serantau Bukit Mertajam

ULASAN
1. Latihan berjalan lancar.
2. Makluman, kejohanan Lumba Basikal Lebuhraya Remaja menggunakan peruntukan dari Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan bagi Kejohanan Berbasikal Trek Remaja PLN dan Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan akan menggunakan satu peruntukan sahaja dari USPTNPP.
3. Jurulatih memohon untuk menjalani latihan bersama jurulatih Akademi Serantau Majlis Sukan Negara, Pihak USPTNPP memohon jurulatih memberi tarikh untuk berbincang dengan pihak Akademi.
4. Jurulatih memaklumkan terdapat beberapa atlet menunjukkan peningkatan semasa kejohanan dan latihan.
5. Terdapat 5 atlet wanita baru sahaja menjalani latihan seminggu dan akan didaftarkan dalam program dan ada penambahan bilangan atlet.
6. Atlet-atlet menjalani latihan dengan baik dan menerima arahan dari jurulatih berkaitan dengan keselamatan semasa latihan di jalanraya.

Sekian terima kasih

Laporan Disediakan Oleh
Akmal Bin Hashim

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved