Thursday, March 31, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAKTAKRAW

Tarikh : 29 Mac 2016 (Selasa)
Masa : 4.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat : SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat

KEHADIRAN
1. En. Ahmad Rahimi Azizan
2. En. Syed Roslan Syed Khalid
3. En. Mohd Suhaimi Md Salleh

ATLET
1. 42 orang

LATIHAN
1. Warm Up
2. Drill Rejaman & Umpanan Servis
3. Latihan Kawalan Bola
4. Permainan gelanggang
5. Cooling down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Seramai 15 orang atlet akan menyertai Kejohanan Sepaktakraw Remaja Kebangsaan PSM/MSN Sirkit 1/2016 pada 31 Mac 2016 hingga 3 April 2016 di Kompleks Sukan Negara Taman Keramat, Kuala Lumpur. 

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Masih memerlukan beberapa peralatan seperti bola takraw, jaring, punching bag.
2. Bola untuk latihan kebanyakan pecah dan tidak boleh digunakan lagi.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet memuaskan dan semua atlet menjalani latihan mengikut perancangan jurulatih.
2. Jurulatih ada memohon bola takraw untuk latihan memandangkan bola yang sedia ada kebanyakan pecah dan tidak boleh digunakan lagi.
3. Dari pemantauan, jurulatih menfokuskan latihan kepada atlet yang akan menyertai kejohanan pada minggu ini yang melibatkan kategori bawah 16, 18 dan 21 tahun.
4. Jurulatih juga memaklumkan bahawa pasukan Pulau Pinang membawa balik 1 emas berpasukan lelaki bawah 15 tahun, 1 perak berpasukan lelaki bawah 18 tahun dan 1 perak antara regu bawah 15 tahun pada kejohanan MSSM 2016.
5. Maklumat atlet bagi tahun 2016 telah diterima dari jurulatih dan akan direkod.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved