Monday, March 29, 2010

UJIAN KECERGASAN 1/2010 SUKAN BADMINTON

Berikut adalah lapuran kepada Ujian Kecergasan Bil : 01/2010 Sukan Badminton yang telah dijalankan seperti yang dirancang.

Jumlah Atlet dalam Program Cawangan Pelapis seramai 70 orang dan yang hadir dari kedua-dua tempat seramai 58 orang. Akan mendapatkan maklum balas dari JPM dan JSM sebab-sebab ketidakhadiran mereka. Ujian Kecergasan bagi Sukan Badminton dijalankan di dua tempat yang berbeza iaitu :

Tempat Pertama : Dewan Badminton Bukit Dumbar, Pulau Pinang
Tarikh : 17 dan 18 Mac 2010
Masa : 3.30ptg - 6.30ptg
Kehadiran Atlet : 29 orang

Kehadiran Jurulatih : Pada 17hb Mac 2010 hanya JPM Razlan yang hadir
dan pada 18hb Mac 2010 JPM Razlan dan JSM Tony Tan.

Kehadiran PPN : Telah memaklumkan kepada JPM Razlan tidak dapat hadir pada kedua-dua hari atas sebab, pada 17hb Mac 2010 sesi TID Sukan Tinju di Titi Mukim dan 18hb Mac 2010 bersama PPN yang lain dan KUN ke Alor Setar untuk memantau tempat penginapan dan tempat kejohanan Karnival Pelapis Negeri 01/2010 [Kedah].

Kehadiran Pegawai ISNPP : 17hb Mac 2010 [Pn. Nor Azian, En. Cheah Boon Chong, Cik Lim Shin Nee dan Cik Nur Diana] dan 18hb Mac 2010 [Pn. Nor Azian, En. Cheah Boon Chong dan Cik Lim Shin Nee]

Tempat Kedua : Dewan Badminton Berapit, Bukit Mertajam, SPS.
Tarikh : 20 dan 21 Mac 2010
Masa : 10.30pg - 1.30tgh
Kehadiran Atlet : 29 orang

Kehadiran Jurulatih : JPM Razlan dan JSM Choong Kah Tzun hadir pada kedua-dua harinya. Turut hadir JLN MSNPP Deng Li.

Kehadiran PPN : Hadir pada kedua-dua hari dan mengambil peluang berjumpa dengan Keluarga Atlet dan Atlet yang berlatih di Dewan Badminton Berapit.

Kehadiran Pegawai ISNPP : Hadir pada kedua-dua hari [Pn. Nor Azian, En. Cheah Boon Chong, Cik Lim Shin Nee, Cik Nur Diana dan EN. Sheikh Omar]

Jenis-jenis Ujian yang di jalankan di kedua-dua tempat.

Hari Pertama :

1. Anthropometry (Weight and Standing Height)
2. Maximum Push-up
3. Maximum Crunches
4. Court Agility (Diagonal and Side to Side)
5. Yo-yo Endurance Level 1


Hari Kedua :

1. Anthropometry (Weight and Standing Height)
2. Counter Movement Jump
3. Broad Jump
4. 10m Standing Sprint
5. 5m Repeated Multiple Shuttle Run (Bawah 12 tahun tidak digalakan)


Program berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Terima kasih kepada pihak ISNPP, Keluarga Atlet, JPM dan JSM atas bantuan dan sokongan yang diberikan untuk menjayakan Program Ujian Kecergasan bagi Sukan Badminton Bil : 01/2010. Tidak lupa kepada semua atlet yang terlibat atas kerjasama yang diberikan.

Lapuran lengkap dari ISNPP akan menyusuli kemudian. Bersama-sama ini dilampirkan beberapa keping gambar. Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Laporan Oleh : Fatimah Jamil





















1 comments:

Anonymous,  April 20, 2010 at 10:49 PM  

di mana nak cari coach badminton berbayar?

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved