Monday, March 8, 2010

Pemantauan PLN - Tenpin Bowling

Tarikh : 04 Mac 2010
Masa : 8.00 - 10.00 pm
Tempat : Mega Lanes, Prai.
Hasil dari Pemantauan;
Kehadiran :
15 atlet Skuad Latihan SUKMA XIII (8 Level AAA, 4 atlet Level AA)
11 atlet Level AA
Displin :
Kehadiran Atlet amat memuaskan. JSM Program Level AA memaklumkan masihterdapat 5 atlet dari Cawangan Pelapis yang tidak menghadiri latihan semenjak program dimulakan pada 9hb Feb. 2010 tanpa sebarang sebab yang di berikan.
Tindakan PPN :
Memaklumkan kepada JSM akan menghubungi mereka.
Latihan :
JLN dan JSM Albert Yeoh melatih atlet bersama mengikut program yang telah dirancang dan mendapati JSM Pn. Nooriaini dan En. Mathihalagan dengan tekun melatih atlet di bawah jagaan mereka.
Hasil dari Perjumpaan bersama JLN dan JSM :
1. PPN menyerahkan Cek Elaun JSM Cawangan Pelapis [En. Albert Yeoh dan En. Mathihalagan] Kedua-dua JSM mengucapkan ribuan terima kasih kepada MSNM dan USPTNPP yang telah berusaha untuk mendapatkan pembayaran elaun yang tertunggak. Harapan JSM perkara sebegini tidak akan berlaku di tahun 2010.
2. JLN Sukan Malaysia XIII 2010 bertanyakan status permohonan berikut :
2.1. Permohonan ke Kejohanan dalam Malaysia dan di luar Negara yang telah di bincangkan.
2.2. Permohonan pembelian peralatan bagi Atlet Sukan Malaysia XIII 2010, Melaka.
Tindakan PPN: Memaklumkan kepada JLN telah berbincang dengan Pegawai MSNegeri pada 15hb Februari 2010 dan telah memaklumkan bahawa permohonan kejohanan di dalam Malaysia tiada masalah dan kejohanan di luar Negara masih belum mendapat kata putus dari Majlis Sukan Negeri. Memohon Pegawai MSNegeri dapat membantu untuk mendapatkan keputusan ke kejohanan luar negara dengan seberapa segera. Permohonan untuk pembelian peralatan atlet Sukan Malaysia XIII 2010 tiada masalah hanya jumlahnya sahaja belum di tetapkan. Majlis Sukan Negeri akan memaklumkan kepada PTBPP.
3. Perkara yang dibicangkan bersama JSM Cawangan Pelapis :
3.1. Memaklumkan keberkesanan pentadbiran dan latihan adalah tanggungjawab bersama. 3.2. Memaklumkan KPI Sukan Tenpin Boling bagi tahun 2010 seperti Ujian Kecergasaan
sebanyak 2 kali setahun dan Ujian Spesifik sebanyak 3 kali setahun.
3.3. Meminta untuk mengadakan TID dan Talent Scouting 1 kali setahun.
3.4. Mengemaskini Lapuran Prestasi Atlet setiap kali atlet menyertai kejohanan dan Borang
Maklumat Atlet yang masih belum lengkap untuk dihantarkan kepada PPN/SDO. Kesemua
JSM mohon untuk menghantarkan kepada PPN/SDO selewat-lewatnya 11hb Mac 2010.
3.5. Memaklumkan kepada JSM 5 Kejohanan yang telah diberi Peruntukan Geran Bantuan bagi
2010 adalah Sportexcel NSC/MILO/MTBC Tenpin Boling Perak, Kuala Lumpur, Pahang,
Johor dan GP Finals Sunway Selangor.
3.6. Memaklumkan kepada JSM memperbaiki cara menulis Lapuran Bulanan.
3.7. Memaklumkan tarikh Mesyuarat JSM bersama KUN USPTNPP pada 27hb Mac 2010 di Bilik
Cemerlang MSNPP pukul 9.30 pagi. Kesemua JSM memaklumkan mereka tidak dapat
menghadiri mesyuarat tersebut kerana penglibatan mereka didalam Kejohanan Piala Remaja
Milo Ranking Master 2010 yang telah dirancang terlebih dahulu oleh PTBPP.
4. Hal-hal Lain :
4.1. JSM Albert Yeoh memaklumkan "Perlawanan Persahabatan Tenpin Boling" atlet dari Singapura akan berlangsung pada 14hb Mac 2010 pukul 2.00 petang bertempat di Mega Lanes Prai, Pulau Pinang. Meminta atlet Cawangan Pelapis Level AAA dan AA hadir pada hari tersebut.
4.2. JSM memohon pemberian pakian [T-Shirt] sekurang-kurangnya 2 helai setahun. Mereka merasa bangga apabila mengenakan pakian yang diberikan oleh MSNM semasa menjalani latihan dan semasa mengikuti atlet ke kejohanan. Bersama-sama ini dilampirkan beberapa keping gambar yang sempat di ambil.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Laporan Oleh : Fatimah Jamil










0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved