Sunday, March 28, 2010

PEMANTAUAN PLN - TINJU

Tujuan Pemantaun :

1. SESI TID : Kesenambungan dari Program TID Sukan Tinju pada 12hb Mac 2010, berikut adalah tindakan susulan yang telah diambil.

Tarikh : 17hb Mac 2010

Masa : 4.00 petang hinggan 7.00 malam

Tempat : PLN Sukan Tinju, Titi Mukim SPU, Butterworth.

Kehadiran : 9 pelajar dari 30 orang yang mendaftar.

Ulasan :

9 orang pelajar yang hadir pada sesi TID akan menjalani Talent Scouting selama 3 bulan sebelum di pilih untuk diserapkan kedalam Program Cawangan Pelapis. Pemilihan akan di buat dalam bulan Jun 2010

2. Memantau Latihan Atlet Sediada :

Tarikh, Masa dan tempat sama seperti diatas.

Atlet : 8 orang [Titi Mukim sahaja]
Kehadiran : 6 orang

Ulasan :

1. Perjumpaan pertama bersama Atlet Tinju bagi tahun 2010. Memaklumkan Kejohanan Karnival Pelapis Negei 01/2010 [Kedah] yang akan berlangsung pada
22 - 25 April 2010.

2. Sesi pemilihan akan diadakan pada 27hb Mac 2010, pukul 4.30 petang di Pusat Latihan Tinju Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban, Pulau Pinang.

3. Memberi semangat kepada Atlet Sediada untuk terus berlatih.

Bersama-sama ini dilampirkan beberapa keping gambar sesi latihan dijalankan untuk Atlet sediada dan yang baru.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Laporan Oleh : Fatimah Jamil












0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved