Monday, March 15, 2010

LAWATAN PEMANTAUAN PPN - PLN MENEMBAK

Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang
Tarikh : 14 March 2010
Masa : 9.00 pagi

Laporan Pemantauan Atlit

Sewaktu pemantauan dilakukan, atlet menembak belum hadir sepenuhnya menjalani latihan kerana latihan hanya bermula pada pukul 10.00 pagi. Sebelum latihan, saya berbincang dengan jurulatih baru iaitu En. Ivarn Syazwan. Beliau memaklumkan seramai 16 orang atlit sedang menjalani latihan di bawah beliau dan merupakan atlet di bawah Program PELAPIS negeri. Beliau menegaskan, latihan berlangsung dengan baik dan atlit telah memberi kerjasama yang baik sewaktu latihan. Dilaporkan juga, pada hari pemantauan jumlah atlit yang hadir seramai 11 orang iaitu 5 orang atlit lelaki dan 6 orang atlit perempuan.
Turut hadir sama adalah Pengurus Pasukan Menembak Pulau Pinang bagi sukan Menembak kontinjen Pulau Pinang ke SUKMA nanti. Persiapan latihan adalah lebih tertumpu kepada latihan untuk menghadapi kejohanan yang bakal berlangsung iaitu kejohanan Sport Excell di Subang dan terutamanya kepada SUKMA nanti.

Persekitaran Latihan

Kemudahan dan kelengkapan yang baru, atlit dilihat selesa menjalani latihan dalam keadaan yang selesa dan berhawa dingin. Situasi ini dilihat telah meningkatkan tahap motivasi para atlit untuk hadir menjalani latihan. Tetapi, terdapat beberapa peralatan menembak dilaporkan telah mengalami kerosakan. Tindakan akan diambil oleh pihak Kelab Menembak.


Perbincangan bersama Setiausaha Persatuan

Mr. Ooi telah menyatakan bahawa keadaan lapang sasar di Kedah adalah tidak memuaskan dan tidak mempunyai keselamatan yang cukup. Perkara ini telah menyebabkan beliau kurang berminat untuk menyertai Kejohanan Menembak Karnival PELAPIS di Kedah nanti.


Laporan Oleh : Syamsul Afzan Mohd Nor














0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved