Sunday, March 28, 2010

KEM BAKAT SUKAN TERJUN PROGRAM PELAPIS NEGERI SIRI 1/2010 - 1st Day

27hb Mac 2010 (Jumaat)

Jam 9.00 pagi bertolak dari MSN Pulau Pinang ke Negeri Sembilan. Seramai 8 atlet dari Pulau Pinang yang akan menyertai kem bakat kal ini dan disertai bersama SDO dan JLN Xu Ji. Bas berhenti rehat di R&R Tapah selama 30 minit dan meneruskan perjalanan selepas itu. Pasukan tiba di Penginapan Kem iaitu di Spanish Villa Apartment jam 3.30 petang.

Selepas pendaftaran dan makan tengahari, atlet masuk ke bilik masing-masing dan berehat. Jam 5.00 petang taklimat telah diberikan oleh Pengurus Pelapis Negeri (En.Megat Ahmad Khusairy Bin Abd Aziz) tentang keseluruhan program yang akan dijalankan.Jam 5.40 petang, atlet dibenarkan mandi di kolam untuk merehatkan badan setelah mengharungi perjalanan sepanjang hari ke kem ini. Malam (8.30pm), atlet aktiviti bebas, SDO serta Jurulatih menghadiri perbincangan bersama Pengurus dan perkara yang dibincangan adalah berkenaan pecahan tugasan latihan untuk jurulatih-jurulatih yang terlibat. Kem kali ini disertai 55 atlet (32 lelaki & 23 wanita) - dari kumpulan A & B, 13 Jurulatih (6 JLN & 7 JPM) dan 11 SDO.

Tujuan kem ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada atlet-atlet untuk berlatih bersama-sama di PLN yang mempunyai kemudahan fasiliti yang serba lengkap dalam sukan terjun.

Sekian dari saya untuk laporan hari pertama kem.

Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi












0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved