Monday, March 15, 2010

PROGRAM TID SUKAN TINJU - SMK GEMILANG

Tarikh : 12hb Mac 2010
Masa : 10.00 pagi - 12 T/hari
Tempat : SMK Gemilang, Teluk Air Tawar Seb. Perai Utara.
Pelajar yang hadir : 108 pelajar
Jumlah yang mendaftar untuk Sukan Tinju : 30 pelajar
Program dimulakan dengan :
Cikgu Zahir (Pengerusi Majlis) :
1. Menjemput pelajar-pelajar yang berminat untuk menghadiri Sesi Taklimat Sukan Tinju berhimpun di ruang serbaguna. Memberi sepatah dua kata tujuan kehadiran kami dan memperkenalkan kami kepada pelajar-pelajar yang hadir.
PPN :
1. Memperkenalkan diri dan memberi taklimat ringkas Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang dan jenis-jenis sukan dalam USPTN.
2. Memaklumkan sesi TID pada 17hb Mac 2010 [Rabu] di tempat Pusat Latihan Tinju Titi Mukim SPU, Butterworth bermula dari 4.30 petang.
3. Memaklumkan pelajar yang terpilih pada 17hb Mac 2010 akan menjalani "Talent Scoting" dari Mac hingga Jun. Pemilihan atlet untuk diserapkan ke dalam Program Cawangan Pelapis akan ditetapkan pada bulan Jun 2010.
JSM Zainuddin Bin Zakaria :
1. Berkongsi pengalaman semasa beliau menjadi seorang peninju untuk memberi semangat kepada pelajar-pelajar.
2. Memberi penerangan ringkas tentang pemakian yang sesuai untuk Sukan Tinju.
3. Memaklumkan kepada pelajar-pelajar dengan mejalani latihan yang betul dan memberi tumpuan sepenuh kepada latihan yang dijalankan dapat mengelakan sebarang kecederaan.
Aktiviti/program pada hari ini diakhiri dengan pendaftaran pelajar-pelajar yang berminat untuk menghadiri sesi TID yang akan diadakan pada17hb Mac 2010.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Laporan Oleh : Fatimah Jamil


Perbincangan PPN bersama Tn. Pengetua SMK Gemilang

JSM En. Zainuddin memberi penerangan ringkas tentang sukan tinju


Pelajar - pelajar yang hadir


Pelajar-pelajar yang hadir

PLN Tinju .. di sinilah pelajar-pelajar yang terpilih akan menjalani latihan





0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved