Thursday, March 25, 2010

PEMANTAUAN PLN - BOLING PADANG

Laporan ringkas hasil lawatan saya ke PLN Boling Padang pada 24/03/2010 (Rabu) seperti berikut :

Sukan : Boling Padang
Tarikh : 24hb Mac 2010 (Rabu)
Tempat : PLN Boling Padang, Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas, P.Pinang
Jurulatih : JSM Mohd Zubir Bin Jamaluddin
Masa Latihan : 5.00 pm hingga 7.00 pm
Masa Lawatan : 6.15 pm hingga 7.00 pm

Kehadiran Jurulatih

Tidak Hadir - Dimaklumkan oleh JPM MSNegeri, JSM Pelapis mc dan JSM tidak maklumkan pada saya. Atlet Pelapis dilatih oleh JPM & JSM MSNegeri. Untuk makluman, pihak saya tidak memberitahu kepada JSM tentang kehadiran saya untuk membuat pemantauan di PLN.

Kehadiran Atlet

8 Hadir & 4 Tidak Hadir kerana ada aktiviti sekolah.

Latihan

Sessi 1
Jam 5.00 pm hingga 6.00 pm
- Apply skill (draw short/medium/long)
- Skill - Crossline (selepas jack) , Stopper bowl dan Drive Weight (Control kelajuan bowl)

Sessi 2
Jam 6.00 pm hingga 7.00 pm
- Game - atlet perlu menggunakan teknik yang diajar pada sessi 1 didalam sessi ke-2

Hal-Hal lain

1. Akan ambil tindakan susulan berkaitan dengan ketidakhadiran JSM tanpa memberitahu SDO terlebih dahulu dan akan maklumkan didalam Mesyuarat Jurulatih dan JKK - Boling Padang Bulan April 2010. Ini bertujuan supaya tidak akan berulang lagi pada masa2 akan datang.

2. Mengedar surat pelepasan kepada atlet yang akan ke Kejohanan National Singles Bkt Kiara, K.Lumpur pada 27hb hingga 30hb Mac 2010.

3. Sewaan penggunaan green boling padang dibayar oleh MSNegeri (2 ring) dan Persatuan (4 ring)
Sekian, laporan ringkas hasil dari pemantauan saya. TQ
Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi













0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved