Tuesday, March 16, 2010

LAWATAN PEMANTAUAN PPN - PLN PELAYARAN

Sukan : Pelayaran
Tarikh : 12hb Mac 2010 (Jumaat)
Masa : 3.30 pm - 5.30 pm
Jurulatih : Muhammad Shah Bin Ismail (JSM)


Saya telah membuat lawatan pusat di Pusat Kegiatan Sukan Air (PKSA), Tg. Bungah, P.Pinang pada Jumaat lepas dan hasil pemerhatian saya, atlet-atlet pelapis dan JSM sedang menjalani latihan mengikut jadual yang ditetapkan. Seramai 6 atlet optimist dan 2 atlet Laser sedang menjalani latihan pada hari tersebut. Bentuk latihan acara optimist adalah latihan berkumpulan dan Laser sedang menjalani latihan individu.

Untuk makluman, pihak saya tidak dapat turun ke laut untuk memantau kerana tiada safety boat. Dimaklumkan juga, jurulatih telah menggunakan kayak ketika sessi latihan dijalankan di tengah laut.

Cuaca pada awalnya dalam keadaan baik dan pada jam lebih kurang 5.00 petang, angin ribut melanda. Hanya 3 atlet optimist yang meneruskan latihan bersama Jurulatih, selebihnya sudah naik ke darat.

Lawatan saya adalah sehingga jam 5.30 petang dan dilampirkan bersama beberapa keping gambar ketika lawatan.

Sekian dari saya untuk laporan ringkas lawatan pusat latihan sukan pelayaran.


Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi













0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved