Monday, March 29, 2010

PEMANTAUAN PLN - SILAT OLAHRAGA

Tarikh: 26 March 2010
Masa: 8.00 pm -10.00 pm
Tempat: SMK Seri Balik Pulau

Latihan Silat di kendalikan oleh Haji Chin bin Hajeed (Jurulatih) dan di bantu oleh 4 orang atlit Sukan Malaysia. Seramai 80 orang atlet Silat Olahraga telah hadir seawal jam 7.40 yang mana ia disertai oleh 9 atlet pelapis dan 71 atlet yang belum berdaftar.
Umur atlet-atlet adalah antara 13 hingga 14 tahun. Hasil dari pemantauan, mendapati tempat latihan tersebut telah lama dibuka dan mempunyai atlet Silat Olahraga yang ramai.Sebelum sesi latihan, jurulatih memberi penerangan mengenai latihan yang akan dijalankan.

Sesi Latihan

Jenis latihan yang dilakukan adalah teknik tendangan. 4 jenis teknik tendangan yang dilatih iaitu tendangan layang,tendangan sisi,tendangan hadapan dan tendangan belakang.Jurulatih menunjukkan demonstrasi bagi setiap tendangan dan teknik mengekalkan keseimbangan badan semasa melakukan tendangan. Peralatan yang digunakan adalah 'punching bag'.

Cadangan

Melalui perbincangan dengan jurulatih, beliau mencadangkan agar satu pusat latihan di buka di Kompleks Sukan Balik Pulau. Ini berikutan,terdapat ramai atlet-atlet Silat Olahraga yang menjalani latihan di kawasan tersebut.Tujuannya adalah untuk memudahkan atlet PELAPIS menjalani latihan. Beliau juga memohon peruntukan bagi peralatan Silat Olahraga. Ini kerana peralatan yang lama sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Selain itu, peralatan tersebut perlu untuk keselamatan atlet semasa menjalani latihan.

Pemantauan atlet akan dilakukan oleh SDO dan jurulatih dari semasa ke semasa di pusat latihan tersebut.Tempoh yang diberikan adalah selama 3 bulan untuk atlet yang baru memperbaiki prestasi. Satu tarikh akan diusulkan bagi menjalankan sesi pemilihan bakat untuk atlet baru diserapkan ke Skuad Pelapis Pulau Pinang.

Laporan Oleh : Syamsul Afzan Bin Mohd Nor











0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved