Wednesday, May 3, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 3 Mei 2017 (Selasa)
Masa : 7.30 pm - 9.30 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Mah Kah Yi - JSM MSNPP

ATLET
1. 8 Orang

LATIHAN
1. Flexibility
2. Coordination
3. Element check - G4 & G5

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Gimrama Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 1/2017 pada 3 hingga 7 Mei 2017 di Kuala Lumpur

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Kawasan warm up yang dimakan anai-anai masih menunggu pihak persatuan untuk menggantikan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. Kehadiran atlet agak memuaskan dan jurulatih memaklumkan pada kejohanan yang lepas iaitu Karnival Bakat Pelapis Negeri 2017 keputusan atlet agak meningkat dari segi pemarkahan dan jurulatih turut memaklumkan beliau hanya mementingkan kualiti daripada kuantiti.
2. Terdapat satu masalajh daripada jurulatih iaitu dengan kurangnya waktu latihan beliau sangat menghargai sekiranya MJAPP dan MSN dapat mencari jurulatih sepenuh masa bagi atlet gimrama Pulau Pinang kerana komitmen pekerjaan beliau sangat tinggi.
3. Selain daripada itu, jurulatih turut mengalami masalah atlet yang tidak dapat mengingati langkah-langkah yang telah diajari semasa latihan semasa pertandingan kerana gugup. Pelbagai cara dan teknik untuk mengingati langkah-langkah tersebu. Namun masih tidak dapat dibaiki kerana waktu latihan yang kurang.
4. PPN turut memaklumkan kepada ibu bapa gimnas yang mempunyai masalah dalam mengingati langkah-langkah tersebut supaya dapat menolong atlet untuk mempunyai daya ingatan yang kuat.

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved