Tuesday, May 2, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 30 April 2017 (Ahad)
Masa : 2.00 pm - 4.00 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Koay Chia Li - JSM MJAPP
3. Yeoh Beng Choo - Penolong Setiausaha MJAPP

ATLET
1. 18 Orang

LATIHAN
1. Flexibility
2. Individual - Routine Check
3. Checking elements - Group Exercise U8

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Gimrama Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 1/2017 pada 3 hingga 7 Mei 2017 di Kuala Lumpur

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Kawasan warm up yang dimakan anai-anai masih menunggu pihak persatuan untuk menggantikan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. Kehadiran atlet agak memuaskan, terutama sekali bagi gimnas yang akan ke kejohanan sirkit pada minggu hadapan.
2. Pihak Pengarah MSNPP memaklumkan bahawa pasukan pelapis Pulau Pinang tidak perlu menyertai kejohanan tersebut memandangkan keputusan kejohanan yang tidak memberangsangkan bagi Pulau Pinang.
3. Puan Petrina memohon jurulatih JSM MJAPP yang telah mempelajari dan lulus dalam melatih gimnas dalam acara group exercise untuk mencuba buat kali pertama bagi sirkit kali ini.
4. PPN memaklumkan kepada pihak pengarah MSNPP untuk memberi peluang mereka menyertai sirkit kali ini untuk mengkaji semula prestasi mereka, terutama sekali Nicole Cheng Qi Ern dan Caitlin Cheah Pei Syuen yang sedang menjalani latihan di Kuala Lumpur bersama jurulatih Aigul.
5. Latihan yang tidak mencukupi bagi gimnas pelapis Pulau Pinang memainkan faktor utama dalam menyertai kejohanan yang berkemungkinan besar kalah jika ingin dibandingkan dengan negeri lain disebabkan masalah jurulatih sepenuh masa yang tidak dapat diselesaikan sehingga sekarang.
6. Pada hari ini juga Puan Chen iaitu juruhakim gimrama datang memberi bantuan dalam menilai persembahan gimnas dan masih banyak teknik yang perlu dibaiki.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved