Friday, May 26, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN BOLING PADANG

Tarikh : 25 Mei 2017 (Khamis)
Masa : 5.00 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Noor Aini Binti Ahmad - JSM USPTNPP
2. 
Zakaria Bin Ahmad - JSM MSNPP
3. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 15 Orang

LATIHAN
1. Warm Up
2. Mini Game - Single & Pair
3. Cool Down

UJIAN

1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Bowls untuk latihan tidak mencukupi atlet terpaksa menggunakan bowls yang telah tamat tempoh dan meminjam daripada kawan semasa menjalani latihan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN
1. Kehadiran atlet hari ini kurang memuaskan kerana beberapa orang atlet terlibat dengan aktiviti kokurikulum sekolah.
2. Masalah penyewaan gelanggang boling padang oleh pihak MSNPP memberi sedikit masalah terhadap masa latihan pelapis negeri Pulau Pinang yang ingin menjalani latihan pada hari Selasa, Khamis dan Jumaat. Oleh itu, pihak persatuan memohon kepada MPSP untuk menjalani latihan pelapis pada setiap malam Jumaat dengan menumpang latihan pasukan MPSP.
3.  Pada 5 Mei 2017 yang lepas telah dijalankan Mesyuarat JKK Sukan Malaysia XIX Perak 2018 dan hal penyewaan gelanggang ini telah dibangkitkan. Pihak MSNPP telah menempah gelanggang bermula tarikh 18 Mei 2017 hingga 30 Mei 2017.
4. Seramai 6 orang atlet Pelapis Pulau Pinang telah terpilih dalam skuad latihan Fasa Kedua Sukan Malaysia.
5.  PPN memohon pihak persatuan untuk mencari 3 sebut harga untuk pembelian peralatan kecil yang dimohon oleh pihak persatuan dengan kadar segera bagi memudahkan proses pembelian.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved