Wednesday, May 24, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SKUASY

Tarikh : 22 Mei 2017 (Isnin)
Masa : 3.00 pm hingga 5.30 pm
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar.

KEHADIRAN
1. Muhammad Ammar  (JSM)
2. Puan Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

ATLET
1. 12 orang

LATIHAN
1. Group drills focus on one side drive
2. Tactical (anticipation and deception)
3. General Strength

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. OHANA 33rd Nationals Squash Championships 2017 yang sedang berlangsung 21 hingga 26 Mei 2017 di NSC Squash Centre, Jalan Duta

PERALATAN
1. Peralatan latihan adalah hak milik atlet sendiri

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN
1. Kehadiran atlet agak memuaskan memandangkan seorang jurulatih iaitu Khoo Teng Hin dan 5 atlet sedang menyertai kejohanan OHANA 33rd National Squash 2017 dalam kategori Men Division 1 Men Division 2 dan Women Division 1
2. Pada kejohanan Squash 8th CIMB Foundation National Junior Circuit 2017 yang lepas iaitu dari 27 sehingga 30 April 2017, pasukan Pelapis Pulau Pinang berjaya membawa pulang 1 Perak manakala atlet yang lain mempunyai ranking yang baik dalam 10 terbaik.
3. Berbincang dengan pihak jurulatih berkenaan ujian spesifik dan pihak beliau memaklumkan sukan skuasy tidak mempunyai ujian spesifik memandangkan "complex skill" yang mereka praktikkan jika ingin dibandingkan dengan sukan lain. 
4. Pada 5 Mei 2017 yang lepas Mesyuarat JKK Skuasy Sukan Malaysia XIX Perak 2018 telah dijalankan bagi Fasa kedua seramai 11 orang atlet Pelapis negeri Pulau Pinang berada dalam skuad latihan ke Sukan Malaysia dimana akan mempunyai tapisan seterusnya pada Fasa Ketiga.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved