Friday, May 19, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TENIS

Tarikh : 15 Mei 2017 (Isnin)
Masa : 1.00 pm - 2.30 pm
Tempat : Gelanggang Tenis PSC

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Francis Su - JSM

ATLET
1. 21 Orang

LATIHAN
1. Tiada

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan MSSPP Tenis 2017 yang sedang berlangsung pada 8 hingga 16 Mei 2017.
2. LTAM Junior Tour 2017 Leg 6 yang akan berlangsung pada 13 hingga 16 Julai 2017 di Terengganu.

KECEDERAAN

1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN
1. Pemantauan dijalankan semasa Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang yang sedang berlangsung di Penang Sports Club. Keseluruhan penyertaaan pada kali ini adalah seramai 153 orang daripada beberapa sekolah di Pulau Pinang termasuk sekolah persendirian.
2. Seramai 21 orang atlet daripada pasukan Pelapis Pulau Pinang menyertai kejohanan pada kali ini.
3. Kejohanan kali ini telah mempertandingkan sebanyak 3 kategori iaitu bawah 12 tahun, 15 tahun dan 18 tahun.
4. Semasa pemantauan dijalankan beberapa atlet pelapis sedang bertanding dalam pusingan akhir dan keputusan kejohanan akan diberikan oleh pihak penganjur pada keesokan hari. Pada 16 Mei 2017 akan diadakan pemilihan atlet untuk ke latihan pusat dan MSSM.
5. Jurulatih memaklumkan majoriti atlet pelapis memasuki pusingan akhir hanya beberapa atlet yang tidak mempunyai prestasi yang baik hanya berjaya ke pusingan kedua dan ketiga.
6. Jurulatih juga memaklumkan Kejohanan MSSM 2017 bagi sukan tenis akan diadakan pada 4 hingga 10 Ogos 2017 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved