Tuesday, May 30, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SKUASY

Tarikh : 29 Mei 2017 (Isnin)
Masa : 4.00 pm hingga 5.30 pm
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar.

KEHADIRAN
1. Khoo Teng Hin (JPM USPTNPP)
2. Muhammad Ammar (JSM USPTNPP)
2. Puan Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

ATLET
1. 30 orang

LATIHAN
1. Physical Strength
2. Conditiuon Games : Drives & Boast with drops
3. Full Court Games

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Peralatan latihan adalah hak milik atlet sendiri

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN
1. Kehadiran atlet amat memberangsangkan pada hari ini kerana cuti sekolah sudah bermula.
2. Semasa pemantauan dijalankan terdapat pihak ASTRO sedang menjalankan pengambaran Dokumentari Nicol Ann David dimana bermula dari program pelapis mahupun pembangunan, beberapa orang atlet pelapis telah ditemuduga.
3. Pada Kejohanan OHANA 33rd Nationals Squash Championships 2017 yang lepas 21 hingga 26 Mei 2017, seramai 6 orang atlet pelapis dan seorang jurulatih menyertai kejohanan tersebut dan mereka berjaya membawa pulang 1 Perak dan 1 Gangsa.
4. Jurulatih memaklumkan bagi bulan Jun dan Julai terdapat dua kejohanan yang masih belum ditentukan lagi dijalankan serta akan memaklumkan kepada PPN sekiranya tarikh dan kejohanan tersebut dijalankan.
5. Bagi bulan puasa jadual latihan masih sama dan tiada pertukaran kerana atlet beragama Islam hanya minoriti dalam pasukan pelapis.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved