Tuesday, May 2, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SKUASY

Tarikh : 28 April 2017 (Jumaat)
Masa : 3.00 pm hingga 5.00 pm
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar.

KEHADIRAN
1. Khoo Teng Hin (JPM)
2. Muhammad Ammar  (JSM)
3. Aaron Soyza (JPM MSNPP)
4. Puan Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

ATLET
1. 22 orang

LATIHAN
1. Tiada

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Squash 8th CIMB Foundation National Junior Circuit 2017 yang sedang berlangsung bermula 27 sehingga 30 April 2017.

PERALATAN
1. Peralatan latihan adalah hak milik atlet sendiri

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN
1. Kejohanan Squash 8th CIMB Foundation National Junior Circuit 2017 telah menerima penyertaan seramai 172 orang daripada 13 negeri iaitu Sarawak, Perak, Terengganu, Selangor, Johor, Sabah, Pahang, Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Kelantan.
2. Pasukan Pelapis Pulau Pinang telah menghantar 22 orang atlet dan dalam Kejohanan Squash 8th CIMB Foundation National Junior Circuit 2017 terdapat 6 kategori iaitu Lelaki dan Wanita bawah 15 tahun, Lelaki dan Wanita bawah 17 tahun serta  Lelaki dan Wanita bawah 19 tahun.
3. Pada hari ini beberapa atlet telah memasuki peringkat separuh akhir dalam merebut tempat dalam kategori yang dipertanding. Semasa pemantauan dijalankan perlawanan separuh akhir bagi tempat ke 9 hingga 16 sedang dijalankan bagi kategori lelaki bawah 17 tahun dan lelaki bawah 19 tahun.
4. Jurulatih memaklumkan akan memberi laporan kejohanan kepada PPN sejurus selesai Kejohanan Squash 8th CIMB Foundation National Junior Circuit 2017.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved