Tuesday, August 11, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAK TAKRAW

Tarikh : 11 Ogos 2015 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi hingga 9.30 pagi
Tempat : SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat

KEHADIRAN
1. En. Ahmad Rahimi Azizan - JSM
2. En. Baharuddin A.Rahim - JSM
3. En. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 23 orang

LATIHAN
1. Ice Bath Treatment (Recovery)

UJIAN
- Akan menjalankan Ujian Kecergasan pada 8 September 2015 (Selasa). Perbincangan bersama pihak ISNPP telah dibuat dan keputusan akan dimaklum kemudian.

PERTANDINGAN
- Baru selesai menyertai kejohanan 3 penjuru (Perak,Kuala Lumpur & Selangor) pada 7 hingga 9 Ogos 2015 di Sekolah Sukan Negeri. Prestasi atlet yang hadir telah menunjukkkan semangat juang yang tinggi.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Masih memerlukan beberapa peralatan seperti bola takraw, kicking target, punching bag.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Semasa pemantauan dibuat, jurulatih hanya menjalankan ice bath untuk recovery pada atlet.
2. Pihak Unit masih belum menerima sebarang takwim kejohanan dari Persatuan Kebangsaan.
3. Jurulatih ada memohon bola takraw untuk latihan memandangkan bola yang sedia ada kebanyakan pecah.
4. Perbincangan bersama jurulatih ada memaklumkan bahawa 4 orang dari PLN akan menyertai pemilihan skuad Pelapis Sepak Takraw pada 14 hingga 16 Ogos 2015 di SMK Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved