Thursday, August 27, 2015

LAPORAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN MEMANAH KEBANGSAAN SIRKIT II & TERBUKA PKS UNISZA MERDEKA 2015

Tarikh : 26 Ogos 2015 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Kampus UniSZA Gong Badak, Terengganu

Sekali lagi Pusat Kecemerlangan Sukan UniSZA dengan kerjasama Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dan Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) dapat menganjurkan Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit II dan Terbuka PKS UniSZA Merdeka 2015 bermula dari 26 hingga 31 Ogos 2015 di Kampus UniSZA Gong Badak Terengganu. Ini merupakan kejohanan yang digabung serentak pada tahun ini dengan penglibatan semua negeri dan kelab sebanyak 42 penyertaan termasuk dari pasukan jiran iaitu Singapura. Jumlah atlet yang telah berdaftar sebanyak 324 atlet (Recurve Lelaki - 119 atlet, Recurve Wanita - 83 atlet, Compound Lelaki - 78 atlet & Compound Wanita - 44 atlet).

Hari ini berlangsung mesyuarat pengurus pasukan telah dihadiri oleh Pengarah Sukan & Rekreasi kampus UniSZA, Wakil Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM). Selesai mesyuarat, turut dijalankan tackle inspection (pemeriksaan peralatan) dan latihan rasmi (Sightest).

Pasukan Pelapis Negeri Pulau Pinang telah mengesahkan penyertaan seramai 11 orang atlet yang terdiri daripada 7 orang atlet lelaki dan 4 orang atlet wanita. Mereka bakal bersaing bagi acara recurve dan compound.

Pertandingan hari pertama (27 Ogos 2015) akan bermula pada jam 8.00 pagi dengan jarak Double 70M (Recurve) & Double 50M (Compound) pada sebelah pagi manakala sebelah petang pusingan Olimpik Round. Selamat bertanding buat semua atlet-atlet Pelapis negeri Pulau Pinang pada sirkit kali ini.

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved