Thursday, August 13, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN ANGKAT BERAT

Tarikh : 12 Ogos 2015 (Rabu)
Masa : 4.30 PM
Tempat : Sek Men Keb Tasek, Simpang Ampat

KEHADIRAN
1. En. Arshad Bin Abu Seman - JSM
2. Pn. Aida Ismail – Penyelaras Sukan MSD
3. En. Akmal Bin Hashim - PPN

ATLET
1. 12 orang

LATIHAN
1. Front Squad
2. Snatch Pull
3. Jerk

UJIAN
- Ujian angkatan akan dijalankan di PLN SMK Permatang Tok Labu dan akan dijalankan bersama atlet-atlet yang terdapat di SMK Tasek dan Machang Bubuk, Bukit Mertajam.

PERTANDINGAN
- Tiada

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Memerlukan set Bar lelaki dan set bar wanita untuk latihan

PROGRAM BINAAN
- Latihan bersama atlet Kedah

ULASAN RINGKAS
1. Jurulatih memaklumkan bahawa beliau akan memilih atlet-atlet yang berbakat untuk menjalani latihan di SMK Tasek kerana peralatan latihan tidak mencukupi untuk menampung latihan pada satu masa. Atlet terpaksa menunggu giliran untuk membuat sesuatu latihan.
2. Memerlukan peralatan latihan untuk melancarkan program latihan jurulatih dengan segera kerana peralatan yang sedia ada tidak mencukupi untuk latihan dengan atlet yang ramai. Terdapat hanya 2 platform, 1 bar lelaki dan 1 bar wanita untuk latihan.
3. Untuk makluman, Jurulatih En. Arshad juga menjalani latihan di rumahnya di Machang Bubuk Bukit Mertajam pada sebelah malam pada setiap malam, seramai 25 atlet yang terdapat disana. Disana juga hanya 1 platfrom 1 set bar lelaki dan 1 set bar U12 sahaja yang ada untuk latihan.
4. Pihak sekolah memberi kerjasama yang baik dalam melancarkan perjalanan program dari segi tempat latihan dan berkaitan dengan pelepasan pelajar.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Akmal Bin Hashim

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved