Tuesday, August 18, 2015

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN MILO-NSC-MILO TENPIN BOWLING JUNIOR CIRCUIT 2015 - KLANG VALLEY LEG

Tarikh : 14 Ogos 2015 (Jumaat)
Masa : 2.30 petang hingga 11.30 malam
Tempat : Sunway Megalanes, Bandar Sunway, Selangor.

Kejohanan Tenpin Bowling Junior Circuit 2015 - Klang Valley Leg anjuran Malaysian Tenpin Bowling Congress (MTBC) telah memasuki pusingan terakhir sebelum berlangsungnya pusingan Grand Final yang dijangka pada 19 hingga 20 September 2015 di Sunway Megalanes, Bandar Sunway, Selangor. Kejohanan kali ini diadakan selama 3 hari bermula 14 Ogos 2015 dan berakhir pada 16 Ogos 2015 yang melibatkan penyertaan atlet seramai 359 orang dengan pecahan 231 lelaki dan 128 wanita. Sebanyak 6 acara dipertandingkan iaitu Boys Open (46 orang), Girls Open (20 orang), Boys Graded (126 orang), Girls Graded (60 orang), Boys U12 (59 orang) dan Girls U12 (48 orang)

Skuad Pelapis Pulau Pinang telah membariskan atlet seramai 32 orang yang terdiri daripada 21 lelaki dan 11 wanita. Hanya acara Boys & Girls Graded sahaja dipertandingkan pada hari pertama kejohanan.

Berikut merupakan keputusan rasmi hari pertama yang melibatkan atlet Pelapis Pulau Pinang :-

GIRLS GRADED (ROUND 1)
1. Alyaa Addini Zulamri - 1638 jatuhan pin (2/avg.  204.75)
2. Ainaa Alyaa Zulamri - 1450 jatuhan pin (10/avg 181.25)
3. Nur Amirah Farihah Azhlan - 1366 jatuhan pin (16/avg 170.75)
4. Anis Hadirah Anuar - 1348 jatuhan pin (21/avg 168.50)
5. Nur Alya Safiyya - 1314 jatuhan pin (26/avg 164.25)
6. Kelly Lau Suet Kei - 1298 jatuhan pin (30/avg 162.25)
7. Melissa Khong Xia Yi - 1194 jatuhan pin (45/avg 149.25)

BOYS GRADED (ROUND 1)
1. Muhammad Shafiq Zaim - 1740 jatuhan pin (2/avg 217.50)
2. Muhammad Akif Afif Azman - 1576 jatuhan pin (17/avg 197.00)
3. Mohamad Al-Faiz Zainal Abidin - 1544 jatuhan pin (22/avg 193.00)
4. Ong Siang Leing - 1448 jatuhan pin (45/avg 181.00)
5. Chuah Shan Yu - 1434 jatuhan pin (48/avg 179.25)
6. Justin Chan Xing Han - 1417 jatuhan pin (52/avg 177.13)
7. Muhammad Syauqi Iman - 1416 jatuhan pin (53/avg 177.00)
8. Ariff Ahmad Faisal Ahmad - 1403 jatuhan pin (57/avg 175.38)
9. Muhammad Irfan Danial - 1263 jatuhan pin (75/avg 157.88)
10. Muhammad Aiman Mohd Shariff - 1243 jatuhan pin (77/avg 155.38)
11. Muhammad Nazmi Shamsul Bahri - 1230 jatuhan pin (79/avg 153.75)
12. Tan Fang Sheen - 1134 jatuhan pin (91/avg 141.75)

Kejohanan hari pertama menamatkan pertandingan pada jam 11.30 malam dan akan bersambung pada esok hari (15 Ogos 2015) dengan acara Boys Graded, Boys & Girls Open (9.30 pagi) manakala Boys & Girls U12 pada jam 1.30 petang.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved