Thursday, August 27, 2015

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN MEMANAH KEBANGSAAN SIRKIT II & TERBUKA PKS UNISZA MERDEKA 2015

Tarikh : 27 Ogos 2015 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Kampus UniSZA Gong Badak, Terengganu

Hari pertama kejohanan membuka tirai pertandingan kepada semua pemanah yang akan bertanding serta berkampung selama 6 hari bermula hari ini sehingga 31 Ogos 2015. Kejohanan ini merupakan kalendar tahunan PKS UniSZA dimana mempertandingkan 2 kategori utama iaitu Recurve (lelaki & wanita) dan Compound (lelaki & wanita). Pihak penganjur menggunakan format Double 70 meter (Recurve) dan Double 50 meter (Compound), Olimpik Round, Berpasukan dan Berpasukan Campuran. Jadual hari pertama hanya mempertandingkan acara Recurve Lelaki, Compound Wanita dan Pusingan Olimpik Round. 

Keadaan cuaca panas dan angin memberi tentangan sengit kepada semua pemanah yang turun bertanding. Untuk hari ini hanya 4 atlet sahaja yang turun bertanding memberi cabaran. 

Berikut disertakan keputusan atlet Pelapis Pulau Pinang yang bertanding hari ini :-

RECURVE LELAKI 70 METER

1. Tan Si Lie (SIN) - 1/649
2. Noor Aiman Abdul Hamid (PK A) - 2/636
3. Keith Teo Kee Hui (SIN) - 3/631

Pelapis Pulau Pinang
1. Naveer Fikri - 48/529
2. Aiman Amran - 58/495
3. Muhammad Faris Jamaluddin - 66/475

COMPOUND WANITA 50 METER

1. Norizah Ishak (ATM B) - 1/672
2. Norhayati Al-Madihah (UISA) - 2/660
3. Syarah Syuhaidah Abas (UPM) - 3/658

Pelapis Pulau Pinang 
1. Kayalvilly Partiban - 22/605

RECURVE LELAKI (OLIMPIK ROUND)

1. Naveer Fikri (PEN) vs Cheah Ken Shern (PLNPB) 
- Naveer Fikri tewas pada lawan di pusingan 1/32 dengan kiraan mata 1-7

2. Aiman Amran (PEN) vs Muhammad Shaiffuddin (USZA) 
- Aiman Amran tewas pada lawan di pusingan 1/32 dengan kiraan mata 2-6

COMPOUND WANITA (OLIMPIK ROUND)

1. Kayalvilly Partiban mendapat bye pada pusingan 1/32 untuk layak ke pusingan 1/16

2. Kayalvilly Partiban (PEN) vs Nur Shafika Elia (SIN)
- Kayalvilly tewas pada lawan di pusingan 1/16 dengan kiraan mata 93-115

Untuk makluman, semua acara akhir akan berlangsung pada hari terakhir kejohanan iaitu 30 Ogos 2015 (Ahad)

Pertandingan hari ini tamat pada jam 5.30 petang dan akan bersambung pada esok (28 Ogos 2015) dengan acara Recurve Wanita, Compound Lelaki dan pusingan Olimpik Round.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved