Saturday, August 29, 2015

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN MEMANAH KEBANGSAAN SIRKIT II & TERBUKA PKS UNISZA MERDEKA 2015

Tarikh : 28 Ogos 2015 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Kampus UniSZA Gong Badak, Terengganu

Hari ini merupakan hari kedua kejohanan dengan acara recurve wanita, compound lelaki dan olimpik round. Saingan diteruskan dengan latihan rasmi selama 45 minit bermula jam 8.00 pagi sebelum saingan sebenar bermula pada jam 8.45 pagi dengan melibatkan recurve wanita dan compound lelaki. Pada sebelah petang hanya akan berlangsung pusingan olimpik round dimana 64 orang akan layak secara automatik ke pusingan tersebut.

Keadaan cuaca panas dan angin memberi tentangan sengit kepada semua pemanah yang turun bertanding. Untuk hari ini seramai 7 atlet akan turun bertanding memberi cabaran mengikut acara masing-masing.

Berikut disertakan keputusan atlet Pelapis Pulau Pinang yang bertanding hari ini :-

RECURVE WANITA 70 METER

1. Siti Nurul Asiah Mahmod (USZA) - 1/595
2. Nur Naseha Rusli (PK A) - 2/577
3. Nur Atiqah Azizi (UPM) - 3/570

Pelapis Pulau Pinang
1. Priyaswary - 21/485
2. Nurin Sofiya - 24/461
3. Pritiswary - 43/379

COMPOUND LELAKI 50 METER

1. Juwaidi Mazuki (EA) - 1/692
2. Lee Kin Lip (SAB) - 2/686
3. Mohd Hakhiki Mohd Kamro (USZA) - 3/672

Pelapis Pulau Pinang 
1. Logathasan - 14/649
2. Syafi Masri - 22/641
3. Mohd Syazwan - 35/618
4. Lew Jia Wei - 46/594

RECURVE WANITA (OLIMPIK ROUND)
Pusingan 1/32 (SET 1)

1. Nurin Sofiya (PEN) vs Nur Ain Ayuni (SSMPH)
- Nurin Sofiya tewas pada lawan di pusingan 1/32 dengan kiraan mata 3-7

2. Priyaswary (PEN) vs Ain Zulika Zulkifli (UKEL)
- Priyaswary layak ke pusingan 1/16 selepas menewas lawannya dengan kiraan mata 6-0

Pusingan 1-32 (SET 2)

1. Pritiswary (PEN) vs Fatin Izzatie (SSMP)
- Pritiswary tewas pada lawan di pusingan ini dengan kiraan mata 0-6

PUSINGAN 1/16

1. Priyaswary (PEN) vs Ng Sui Kim (UPM)
- Priyaswary tewas pada lawannya dengan kiraan mata 51-68

COMPOUND LELAKI (OLIMPIK ROUND)
Pusingan 1/32 (SET 2)

1. Mohd Syazwan (PEN) vs Suharu Yusoff (ATM A)
- Mohd Syazwan layak ke pusingan 1/16 selepas menewaskan lawannya dengan kiraan mata 128-100

2. Lee Jia Wei (PEN) vs Muhd Khairuzzaman (SEL)
- Lee Jia Wei tewas pada lawannya di pusingan jni dengan kiraan mata 129-134

3. Logathasan (PEN) vs Mohd Azreen Rajali (LAB)
- Logathasan layak ke pusingan 1/16 selepas menewaskan lawannya dengan kiraan mata 136-111

4. Syafi Masri (PEN) vs Hakimi Jumali (HAFA)
- Syafi Masri layak ke pusingan 1/16 selepas menewaskan lawannya dengan kiraan mata 129-123

PUSINGAN 1-16

1. Mohd Syazwan (PEN) vs Mohd Hakhiki (USZA)
- Mohd Syazwan tewas pada lawannya dengan kiraan mata 121-133

2. Logathasan (PEN) vs Muhd Khairuzzaman (SEL)
- Logathasan tewas pada lawannya dengan kiraan mata 131-138

3. Syafi Masri (PEN) vs Ahmad Aliff Fadhullah (UISA)
- Syafi Masri tewas pada lawannya dengan kiraan mata 125-137

Untuk makluman, semua atlet Pelapis Pulau Pinang layak ke acara berpasukan (Recurve lelaki, recurve wanita & compound lelaki) dan berpasukan campuran. Acara tersebut akan berlangsung pada keesokkan hari (29 Ogos 2015) dimana sebelah pagi acara berpasukan lelaki dan wanita dan sebelah petang acara berpasukan campuran.

Pertandingan hari ini tamat pada jam 6.00 petang.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved