Tuesday, August 18, 2015

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN SPORTEXCEL MILO-NSC-MTBC TENPIN BOWLING JUNIOR CIRCUIT 2015 - KLANG VALLEY LEG

Tarikh : 16 Ogos 2015 (Ahad)
Masa : 9.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Sunway Megalanes, Bandar Sunway, Selangor

Hari terakhir kejohanan diteruskan lagi dengan 4 kategori sebelah pagi (Boys & Girls Graded, Boys & Girls Open) bermula jam 9.30 pagi dan 2 kategori lagi pada jam 12.30 tengahari (Boys & Girls U12). Hari ini merupakan kelayakan pusingan kedua sebelum 3 pemain teratas bagi kategori Boys & Girls Open dan Boys & Girls Graded layak ke acara Step Ladder pada sebelah petang.

Bagi kategori Boys & Girls Open dan Boys & Girls Graded, pemain perlu bermain sebanyak 6 games untuk mencari pemain yang layak ke step ladder. Manakala bagi kategori Boys & Girls U12 hanya bermain 4 games setiap seorang. Acara Step Ladder (Boys & Girls Open dan Boys & Girls Graded) akan memulakan balingan pada jam 3.00 petang.

Berikut disertakan keputusan rasmi pada hari terakhir kejohanan yang melibatkan atlet Pelapis Pulau Pinang :- 
GIRLS GRADED (ROUND 2)
1. Alyaa Addini Zulamri - 2769 jatuhan pin (2/avg 197.79)
2. Ainaa Alyaa Zulamri - 2758 jatuhan pin (3/avg 197.00)
3. Nur Amirah Farihah Azhlan - 2319 jatuhan pin (19/avg 165.64)

GIRLS OPEN (ROUND 2)
1. Anis Shazlin Zulkhisham - 2949 jatuhan pin (1/avg 210.64)
2. Nurul Nadia Hj Mohd Yaakob - 2603 jatuhan pin (8/avg 185.93)

BOYS GRADED (ROUND 2)
1. Muhammad Shafiy Zaim - 2919 jatuhan pin (6/avg 208.50)
2. Muhammad Akif Afif Azman - 2725 jatuhan pin (20/avg 194.64)
3. Mohamad Al-Faiz Zainal Abidin - 2627 jatuhan pin (32/avg 187.64)

BOYS U12 (ROUND 2) 
1. Megat Zahrul Haiqal - 2035 jatuhan pin (1/avg 203.50)
2. Muhammad Hariz Adlan Azman - 1987 jatuhan pin (2/avg 198.70)
3. Brandon Lau Tze How - 1662 jatuhan pin (12/avg 166.20)

GIRLS U12 (ROUND 2)
1. Ong Eillen - 1519 jatuhan pin (9/avg 151.90)

Disertakan keputusan pemenang bagi Step Ladder untuk kategori Boys Open, Girls Open, Boys Graded dan Girls Graded :-

BOYS OPEN (STEP LADDER)
1. Emas - Muhammad Azizi Naim Jabar (SEL)
2. Perak - Shahrul Afiq Asymaan (SEL)
3. Gangsa - Muhammad Aqil Izamudin (PAH)

GIRLS OPEN (STEP LADDER)
1. Emas - Anis Shazlin Zulkhisham (PEN)
2. Perak - Nur Dayana Zuhdi (NSE)
3. Gangsa - Siti Nurnadia Hj Ismail (KUL)

BOYS GRADED (STEP LADDER)
1. Emas - Muhammad Nor Ikhwan (PAH)
2. Perak - Muhammad Alif Syafiq (TRG)
3. Gangsa - Shahrukh Amin Zulkifli (SSTMI)

GIRLS GRADED (STEP LADDER)
1. Emas - Sharifah Nurliana Lailani (JOH)
2. Perak - Ainaa Alyaa Zulamri (PEN)
3. Gangsa - Alyaa Addini Zulamri (PEN)

BOYS U12 (FINAL)
1. Emas - Megat Zahrul Haiqal (PEN)
2. Perak - Muhammad Hariz Adlan (PEN)
3. Gangsa - Shaqeem Izwan Teh (KUL)
4. Keempat - Farish Irwin Radhuan (SEL)
5. Kelima - Aqil Irfan Adnan (SEL)
6. Keenam - Mohamad Zaref Syahmi (PAH)

GIRLS U12 (FINAL)
1. Emas - Nur Aisya Nadhirah (PAH)
2. Perak - Noratiqah Syauqinah (PRK)
3. Gangsa - Nurhani Yasmin Mohd Saad (PER)
4. Keempat - Nur Nais Falilnesa Isman (SEL)
5. Kelima - Haiffa Hazlan (KUL)
6. Keenam - Nur Zulaikha Zulkifli (JOH)

Pertandingan melabuhkan tirai pada jam 5.00 petang dan seterusnya majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Dato' Dr PS Nathan Presiden Kongress Tenpin Bowling Malaysia kepada semua pemenang mengikut kategori masing-masing.

Jawatankuasa pengelola merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Skuad Pelapis Pulau Pinang membawa pulang 2 Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa. Semoga kerjasama yang erat ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Jumpa lagi di Junior Circuit Grand Final pada 19 hingga 20 September 2015 di Sunway Megalanes, Bandar Sunway, Selangor.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved